Saturday, December 25, 2010

new.........freshie

bab 1
Tangan kerasnya itu mengalunkan jari –jemarinya mengukir madah-madah ayat puisi yang tercipta keluar dari inspirasi keindahan malam yang dirasainya saat itu. Dia seolah-olah sedang berdialog dengan cakerawala malam, bintang dan bulan seolah-olah berinteraksi dengan jejaka keturunan Kelantan itu. Fiq seperti memperoleh kepuasan yang teramat sekiranya dia dapat memenuhi helaian buku notanya itu. Jam hampir menunjukkan jam 3.00 pagi, suasana dingin merubah emosinya. Angin-angin halus bermain di rongga-rongga liang romanya hingga terketar tubuh pemuda berumur 19 tahun itu. Rambut hitam lurusnya itu beralun mengikut rentak sang angin yang bertiupan, sinar pantulan perang dari cahaya bulan pada rambutnya menambahkan lagi seri pada wajah pemuda itu. Bagi seorang lelaki, rambut itu adalah mahkotanya tidak terkecuali Fiq. Hidung yang tidak mancung dan tidak juga terlalu penyek digarunya dengan jari telunjuknya. Tubuh yang tidak begitu besar dan tidak begitu kecil itu kadang-kadang menggigil kesejukan tatkala sang angin bersama laskar sejuknya merempuh tubuh Fiq. Sepasang mata berwarna hitam itu tidak henti-henti memerhatikan suasana sekeliling. Bibir yang halus itu bertukar merah warnanya dalam cuaca seperti itu.

“Nampaknya kalau aku terus berada di sini, pasti aku diserang selsema. Tapi aku keberatan untuk meninggalkan suasana malam yang damai ini,” rungut Fiq. Dia lalu berdiri membetulkan urat-urat liatnya itu masuk ke dalam rumah.

Dia memerhati suasana rumahnya. Matanya terjeling-jeling memastikan bahawa kedua ibu bapanya sudah melabuhkan diri. Dia risau kalau-kalau ibunya masih berjaga, ibunya amat pantang sekiranya dia tidur terlalu lewat. Perlahan-lahan dia menyelinap ke dalam bilik tidurnya dengan harapan dia tidak mengganggu sesiapa atau mengejutkan sesiapa. Hanya bayangan katil bersama tilam empuknya yang berlegar-legar di kepalanya itu.
Sedang dia berjalan perlahan menuju ke kamarnya, satu suara menyapanya “Along…!” hatinya tersentap, barangkali apa yang memanggilnya itu, dia perlahan-lahan memalingkan kepalanya ke arah suara itu.
“Lah, adik ke. Adik ni buat abang terperanjat aje , kenapa dengan adik ni?” soal fiq kepada adiknya yang tercegat berdiri dihadapannya sambil memeluk bantal busuknya itu.

“Abang fiq, teman adik pergi tandas. Adik takut pergi sorang-sorang.”

“Apalah adik ni, pergi tandas pun takut. Kata nak jadi kuat macam superman.”

“Memang adik nak jadi superman pun, abang tahu tak, yang superman waktu dia kecil dulu pun takut nak pergi tandas seorang diri,”Adiknya dengan yakin berkata pada abangnya itu.
Fiq ketawa kecil mendengar kata-kata adiknya itu.

Satu persoalan bemain di fikirannya, dia tertanya-tanya apakah agaknya yang bermain di fikiran kanak-kanak kecil seperti adiknya itu. Adakah itu yang menjadi perbezaan diantara seorang dewasa dan seorang kanak. Setelah selesai anak bongsu daripada lima beradik itu membuang air, Fiq lalu membawanya ke bilik tidur. Dia mengangkat adiknya yang separuh sedar itu ke atas tilam, selimut yang berada di hujung katil ditariknya menyelimuti adk bongsunya itu.
Fiq membisik perlahan ke telinga adiknya yang sudah mula memasuki alam mimpi.

“Adik, kalau nak jadi superman mestilah gagah. Tak kira apa pun adik jangan takut.”Fiq meninggalkan adiknya yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Dia menyusuri ke kamar tidurnya, dicapainya selimut yang berada di atas tilam itu lalu mengibas tilam menghilangkan debu-debu yang berada di atas tilam tersebut. Baginya walaupun ia sesuatu perkara yang dipandang remeh oleh sesetengah orang, pada hakikatnya dia dapat menghindar tilamnya itu daripada benda-benda kotor dan halus. Kadang-kadang benda yang halus inilah yang menyebabkan kesan yang besar. Fiq merebahkan tubuhnya ke atas tilam yang siap dibersikan itu.

“Semoga esok merupakan hari yang menarik.”

*****************
Cahaya mula merayap ke kaki langit, burung-burung melebarkan sayap-sayap bersiap untuk mencari makanan, embun pagi mula kelihatan di hujung daun-daun, kabus dingin berselingkar di balik-balik bukit-bukau. Suasana rumah menjadi sibuk dengan persiapan keluarga Fiq hendak keluar, ibu dan bapanya bersiap untuk pergi ke kerja sementara adik-adiknya pula bersiap untuk ke sekolah masing-masing. Fiq membuka kedua matanya,dia mengambil jam loceng yang berada di bersebelahan katilnya. Jam menunjukkan sudah pukul 6.30 pagi, dia membangkitkan tubuh beratnya itu dari katil.

“ Ah, mengantuknya. Inilah padahnya kalau tidur lewat sangat,”bisik hatinya sambil berjalan separuh sedar ke bilik air.

Suasana sejuk menyebabkan tubuh Fiq menggigil dari hujung rambut hingga ke kaki. Dia mula bersiap untuk ke tempat belajarnya, sebuah kolej untuk para pelajar yang meminati aliran musik seperti fiq. Dia seorang pelajar yang mengambil jurusan persembahan pentas teater di kolejnya itu. Sebagai seorang pelajar fiq adalah seorang yang tidak berapa pandai bergaul dengan orang, oleh itu dia mempunyai sedikit teman. Fiq lebih gemar berkawan dengan alam semula jadi waluapun bunyinya agak pelik, tetapi alam semula jadilah yang menjadi sumber inspirasi dalam dirinya. Sebagai seoarng ahli teater yang mengawal pentas dia agak komited dengan kerjanya itu. Pelajar jurusan persembahan teater itu memakai bajunya dan menggalas begnya, dia lalu ke ruang makan untuk sarapan pagi.

“Ayah, mama selamat pagi,” ucap Fiq kepada kedua orang tuanya yang sedang bersarapan bersama adik-adiknya.

“Hihihi, abang Fiq ni memang tak pandai bergaya betul. Apalah abang ni pakai baju macam tu, patutlah abang tak ada girlfriend sampai sekarang,” ketawa adik perempuannya melihat gaya yang dikenakan abangnya itu.

“Iyalah kamu ni pun along, berapa kali mama nak cakap, pakai baju tu pilihlah yang bergaya sikit baru Nampak macam anak mama sikit,” sindir mamannya.”
“ Ok apa anak ayah yang seorang ni, smart je bagi ayah. Tak apa long, ayah pun macam ni juga dulu, tapi dapat je ayah tackle mama kamu ni,” kata ayahnya.
Fiq gembira melihat keluarganya gembira, itulah yang menjadi satu semangat kepada dirinya, iaitu keluarganya.

“ Baiklah mama, ayah Fiq nak pergi dulu, nanti terlewat pula ke kolej.”
“ Erm, elok-elok jalan tu,” kata ibunya.

Fiq melangkah keluar daripada rumahnya dengan penuh rasa senang hati, cahaya matahari menyinar terang ke wajahnya, terasa bahang pagi matahari menembusi kulitnya. Fiq menghirup udara segar pagi. Satu anugerah yang cukup hebat dapat menghirup udara yang sangat segar, ia boleh menyegarkan minda serta tubuh badan. Dia memulakan perjalanan ke kolejnya, tempat belajarnya agak jauh daripada rumahnya, Fiq ke sana dengan menaiki bas dan begitulah rutin harianya yang dilaluinya untuk ke kolej.
Sewaktu di dalam bas dalam perjalanan ke kolej Fiq terlihat seorang perempuan yang sangat cantik, itulah wanita idamannya , seorang gadis yang amat diminati oleh pelajar-pelajar di kolejnya, lirikan mata bulat dan comel serta tutur kata yang amat sopan pasti membuat sesiapa terpikat, itulah wanita yang lagaknya seperti seorang bidadari kayangan yang diutus daripada syurga, Linda.
Dia bersama beberapa orang temannya dalam perjalanan ke kolej. Tetapi bagi fiq, untuk memiliki seoarang gadis seperti itu adalah amat mustahil kerana Fiq seorang yang tidak pandai bergaul, begaya dan Fiq juga merupakan seorang pelajar jurusan persembahan teater sedangakan Linda pula berada dalam pengurusan persembahan yang berkaitan dengan konsert iaitu jurusan yang paling popular dalam kalangan pelajar-pelajar di kolej tersebut jika hendak dibandingkan dengan pelajar jurusan persembahan teater seperti Fiq . Dia selalu menjadi bahan gurauan dan dipandang rendah oleh rakan-rakan sepembelajarannya. Tapi itu bukan satu alasan baginya untuk bergerak ke depan lebih jauh, baginya sesiapa yang menjadikan perkara remeh-temeh sebagai alasan tidak layak untuk bergelar orang-orang yang berjaya. Tidak lama selepas itu bas yang dinaiki mereka pun berhenti, Fiq melangkah keluar daripada bas.
Sebuah bangunan yang amat besar ditambah dengan taman yang begitu cantik. Bunga-bungaan menghiasi setiap penjuru bangunan tersebut yang juga kolej tempat belajarnya Fiq. Bangunan besar berwarna biru itu sudah dibina sejak 10 tahun yang lepas dan pengasas kepada pusat ilmu itu adalah seorang tokoh seni yang amat disegani.
Fiq melihat Linda yang berjalan dengan penuh ayu bersama teman-temannya melintasi Fiq. Dia tersengih umpama dapat memegang permata yang besar.
“ Akhirnya sampai juga on time, mana boy ni? Selalu kalau waktu-waktu macam ni dia dah sampai,” Bisik hatinya.
“Woi Fiq,” Jerit satu suara dari arah belakangnya. Seorang lelaki bertubuh sedikit gempal serta pipi yang agak bulat.
“Ha, itupun kau!”
“Aik Fiq, awal pulak kau sampai hari ini. Selalu akulah yang kena tunggu kau dekat sini dulu. Kenapa kau Nampak gembira je pagi ni?” Soal Boy yang juga merupakan temannya yang paling rapat semenjak dia menjejakkan kaki ke kolej itu.
“Boy, kau nak tahu tak. Aku naik bas sama dengan Linda tadi. Itulah yang buat aku semangat hari ini.”
“ Aku dah agak dah, Fiq kau tak payah nak mimpilah nak dapat dia. Dia manalah pandang budak-budak macam kita ni,” Kata Boy cuba menyedarkan fiq daripada angan-angan palsunya itu.
“Hem, aku tak kisah pun. Yang penting aku dapat naik bas dengan dia.”
“Apa-apa ajalah kau ni Fiq. Dah jom masuk kelas, nanti kena denda pulak kalau lewat,” Kata Boy sambil menarik tangan kawannya itu.

Mereka pun berjalan ke kelas, suasana pagi di kolej amat meriah dengan pelajar-pelajar yang sibuk berborak dengan kawan masing-masing, ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Tenaga pengajar yang begegas untuk punch card serta bunyi bising loceng di kolej. Fiq tiba dihadapan pintu kelasnya bersama Boy.

“Boy, siapa nak masuk dulu, kau ke aku?” Soal Fiq.

“Engkaulah pulak, semalam turn aku masukkan,”Boy membingkas kata-kata Fiq.

Fiq memberanikan diri untuk masuk ke dalam kelas. Kaki kanannya mula melangkah ke dalam sementara tangannya membuka tombol pintu. Pintu lalu terbuka, Fiq meninjau luas ke dalam kelas. Dia keliatan pelik. Selalunya kalau dia atau Boy masuk ke kelas, mesti ada sesuatu yang akan terbang ke mukanya mereka. Masing-masing kelihatan tenang dengan hal masinng-masing.

“Boy, kau tak rasa pelik ke? Selalunya ada belon air terbanglah, tepung taburlah. Mana pergi benda-benda semua tu?” Kata Fiq kepada Boy.

“Fiq, mulut jangan celupar. Hari ini kita selamat, diam aje.”

Mereka berdua berjalan ke kerusi masing-masing. Fiq menarik kerusinya dengan perlahan, dia menarik nafas panjang . Matanya meliar melihat sekeliling, sedikit pun tidak dilihatnya kerusi yang akan didudukinya itu. Fiq dengan muka yang tenang melabuhkan punggungnya ke atas kerusi itu.

“Pom!,” bunyi sesuatu meletup.

Kelas yang tenang tadi bertukar menjadi hiruk-pikuk, pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas tiba-tiba ketawa berdekah-dekah.

“Fiq, kenapa dengan kau?” Soal Boy dengan wajah yang agak pelik.

“ Boy, aku dah kena. Diorang letak belon air dekat kerusi aku, habis basah seluar aku.”
Fiq tidak menyedari bahawa belaon air tersebut berada di atas kerusinya.

Dalam tawa yang riuh-rendah itu datang seorang lelaki bersama-sama beberapa orang rakannya ke arah Fiq.
“Hai Fiq, tadi aku dengar bunyi benda meletup. Tapi aku tak jumpa dekat mana bunyi tu, Kau boleh tunjukkan dekat aku tak?” Soal lelaki itu dengan nada menyindir.

Fiq hanya berdiam diri di atas kerusi, seluruh mata yang terdapat di dalam kelas tertumpu kearahnya. Iskandar merenung tajam ke muka Fiq, dia mengeluarkan tangannya daripada kocek seluar lalu meletakkan kedua belah tangannya di atas meja Fiq. Dia meminta rakannya yang berada disebelahnya itu sebatang pen marker, perlahan-lahan matanya membelek pen marker tersebut. Fiq dengan tanpa dayanya hanya terus berdiam tanpa sepatah bicara dari bibirnya.

Lelaki tersebut perlahan membuka penutup pen tersebut, masing-masing di dalam kelas ternanti-nanti apakah yang akan berlaku seterusnya. Tangannya dengan tanpa rasa takut menulis sepatah perkataan di atas meja Fiq. Anak mata Fiq mengintai disebalik diam dirinya setiap lenggok tangan yang menconteng meja belajarnya patah perkataan itu. Fiq tertanya-tanya, apakah yang sebenarnya diingini olehnya dan apakah yang dia cuba buktikan. Mengapa insan seperti ini sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal. Satu persoalan bermain di dalam pemikiran Fiq.

“ Apa masalah dengan kau ni ha, Is. Apahal kau tak puas hati sangat dengan Fiq ni, dia tak pernah kacau kau pun,” Sampuk Boy kepada lelaki yang bernama Iskandar itu. Lelaki inilah yang selalu mengganggu Fiq setiap hari.

”Apahal kau sibuk sangat ni, aku peduli apa. Korang berdua ni memang buat aku panas je, lagi-lagi kau Fiq atau kau lebih suka aku panggil anak manja prof. “ Kata Is kepada Fiq, Fiq selalu diganggu rakan-rakannya kerana dia selalu mendapat perhatian daripada pensyarah-pensyarahnya disebabkan kelakuannnya yang baik dan cemerlang di dalam pelajarannya.

“ Tapi kadang-kadang bosan ar kacau kau. Macam tunggul kau tahu tak, kau yang kena kacau tapi Boy yang memekak . Kau tak berani ke nak cakap apa-apa budak . Tunggul batu! Kau Nampak apa yang aku tulis, tapi aku tak rasa kau buta. Mari sini aku bacakan untuk kau, penakut. Itulah satu-satunya perkataan yang menggambarkan diri kau” kata Is lagi. Dia lalu beredar daripada situ ke tempat duduknya.

“Fiq, kenapa kau tak melawan. Kau ni asyik kena buli aja. Macam manalah kau boleh tahan,” kata Boy dalam nada yang agak marah.

“Tak apalah Boy, aku tak suka nak bising-bisinglah. Kalau aku melawan, tak ada bezalah antara aku dengan dia. Lama-kelamaan dia letihlah, kau jangan risaulah.”

“Itulah kelemahan kau, baik sangat. Macam mana nanti kalau aku tak ada. Siapa yang nak tolong kau nanti,” Ujar Boy sambil menepuk melakang sahabat karibnya itu.

Dia berasa sangat gembira kerana memiliki kawan yang begitu baik. Tapi bagi boy, sungguhpun Fiq nampak lemah di luar yang selalu menjadi mangsa buli dan ejekan rakan-rakannya. Tapi hakikatnya dalaman Fiq adalah sekuat ombak besar yang menguasai lautan.
Pensyarah mereka masuk ke dalam kelas.

“Apa khabar semua? Saya harap kamu semua tak ada apa-apa.” Kata pensyarah wanita yang berumur 38 tahun itu yang merupakan pensyarah kegemaran fiq yang banyak membantunya dalam pelajarannya.

“ Semua ok prof. tapi ada seorang je yang tak ok. Pagi-pagi lagi dia dah kencing dalam seluar prof.,” Kata Is. Rakan-rakannya ketawa besar mendengar kata-katanya itu.

“Adakah kamu Fiq? Siapa yang kacau dia cakap cepat!” kata proffesor yang digelar prof. Ros itu.
Dengan penuh yakinnya Boy menjawab “Iskandar yang kacau prof, dia letak belon air dekat kerusi Fiq.”
Iskandar menjeling tajam kearah Boy “ Siaplah kau gemuk,” Hati Is berdesing.

“ Iskandar, lepas kelas ni jumpe saya dalam bilik kaunselor, ada beberapa perkara saya nak cakap dengan awak.”

“ Baiklah kelas, seperti biasa kamu dah siapkan task yang saya bagi kamu minggu lepas. Sebelum rehat, saya nak kamu semua letakkan ia dekat atas meja saya,” Sambung Prof. Ros.

“Oh, and one thing for your information, by the end of this month ada satu karnival musikal dan semua pelajar dari setiap jurusan adalah dijemput untuk membuat persembahan kalau ada yang berminat. Karnival itu akan dihadiri oleh orang-orang besar dari stesen penyiaran, so saya harap awak semua cari idea dan luahkan idea-idea awak semua. There is about 3 weeks from now,” Pror. Ros memberhentikan ucapannya seketika.

Fiq tiba-tiba seolah-olah dilambung ombak yang sangat kuat, matanya merenung tulisan yang baru diconteng oleh Iskandar sebentar tadi. Dia mula dikalahkan oleh perkataan tersebut, dia tiba-tiba merasa bingung.

“ Aku tak dapat nak tafsir apa yang dikatakan penakut itu, tetapi aku merasakan ia adalah aku. Adakah aku selama ini hanya berpura-pura kuat di dalam hati, atau aku hanya cuba lari daripada kenyataan. Memang aku tak hebat seperti orang lain yang dikagumi oleh rakan-rakan yang lain, aku keliru dan buntu dan aku pasti sekiranya aku berterusan begini pastinya sebuah penyudah yang tidak indah akan aku perolehi. Aku sendiri tidak pasti aku dimana aku berdiri sekarang ini,” bisik hati kecilnya itu.
Fikirannnya mula menjadi celaru, kejadian itu memberi kesan yang agak mendalam terhadap dirinya. Dia cuba menyelesaikan persoalan yang baru difikirkannya.

“ Fiq, adakah kamu tidak apa-apa, apa yang kamu menungkan?” Fiq tersentak daripada lamunannya, Prof. Ros menegurnya.

“ Oh, tiada apa-apalah prof, cuma terfikirkan tentang karnival hujung bulan ini,” Dengan lancarnya Fiq menjawab.

“ Hahaha, takkanlah kau nak buat persembahan Fiq. Boleh tak kau jangan bermimpi di siang hari,” Is menyampuk. Seluruh pelajar yang berada di dalam kelas mentertawakan Fiq.

“ Eh kamu semua, setiap orang layak untuk menyertai karnival itu. Tidak kisahlah siapa pun dia,” Kata Proffesor Ros cuba untuk mempertahankan Fiq.

“ Baik kau jangan mimpilah Fiq, apa yang kau boleh buat nanti. Aku bukan tak mahu kau masuk karnival musical tu, cuma aku tak hendak kau ditertawakan aja,” Sambung Is lagi dengan nada yang lebih sinis.
Fiq melihat gelagat Iskandar yang cuba merendahkannya. Dia cuba mententeramkan jiwanya walaupun kebanyakan orang pasti akan melenting jika dilakukan sebegitu rupa. Baginya adalah suatu yang agak mustahil untuk memberhentikan kata-kata orang terhadapnya. Iskandar kelihatan puas setelah dia berusaha memalukan Fiq dihadapan kelasnya, Professor Ros tidak mampu berkata apa-apa lag. Kemarahan di dalam diri Boy meluak-luak mendengar kata-kata yang dilemparkan oleh Is kepada FIq, tetapi kemarahannya pudar melihat Fiq yang tenang dan masih bisa tersenyum.

Tidak lama kemudian kelas pun tamat sepertimana yang dijadualkan, masing-masing sibuk mengemas beg dan buku-buku.

" Fiq, saya nak jumpa kamu sbentar," Kata prof. Ros sambil memadam whiteboard.
Fiq mengangguk tanda setuju. Selesai semua pelajar beredar, Fiq pun bertemu dengan Prof Ros.

" Prof. ada apa nak jumpa saya?" soal Fiq.

"Fiq kamu duduk kejap, kamu ni dah berapa kali saya cakap jangan asyik biarkan diri kamu itu dibuli orang lain, kesian saya tengok kamu."

" Tidak apa prof, lambat laun bila mereka penat, berhentilah mereka prof."

"Suka hati kamulah.Oh Ya, terlupa pulak saya. Fiq, nanti kamu bersiap dengan persembahan kamu untuk karnival musik itu."

" Apa maksud prof, saya tak mahulah nak sertai program tu," Fiq menolak.

" Janganlah begitu, tunjukkan bakat kamu yang terpendam. Saya nak tengok sangat-sangat apa yang berselindung disebalik diri kamu yang selalu dibuli itu," Kata Prof. Ros memberi kata-kata semangat.

"Bakat apa prof, saya rasa saya ni seorang yang tak ada bakat," Kata Fiq merendahkan dirinya.
" Fiq, dalam kehidupan seseorang itu ada yang tersembunyi iaitu bakat yang terpendam. Jangan takut untuk meluahkannya, saya dah nampak apa yang kamu mampu Fiq. Saya dah nampak..."
Fiq terdiam mendengar kata-kata Prof. Ros itu.
"
Baiklah kalau begitu, saya akan cuba. Terima kasih prof," Fiq beredar dari kelasnya. Fikirannya menjadi runsing dengan tanggungjawab untuk membuat persembahan di karnival itu nanti.
"
Aaargh….. apa aku nak buat ni,saat-saat genting macam ni cuma seorang saja yang boleh aku harapkan. Atuk!"

Sesi pembelajaran di kolej pun selesai, kini masa untuk pulang. Fiq menggapai semua peralatannya.
"Fiq, lepas ni aku ngan membe-membe lain nak lepak kat kedai buku. Kau nak ikut tak?" Soal Boy.
" Tak apalah Boy, aku ada hal sikitlah lepas ni. Aku nak jumpa atuk nak bincang pasal karnival musik tu nanti.
" Owh, kalau macam tu, esoklah kita jumpa. Gua pergi dulu."

Fiq berangkat keluar daripada kelasnya, dia pun berjalan tenang melalui lorong ke pintu pagar utama. Dalam perjalanan, sekumpulan pelajar perempuan sibuk bekumpul sesama sendiri.
Mereka seolah-olah menyedari kehadiran Fiq, mata-mata mula menjeling ke arah pemuda yang sedang tenang berjalan melintasi kumpulan itu. Dia hanya menundukkan kepala mengadap lantai marmar yang terdapat butir-butir pasir halus.
Satu perasaan yang kurang enak berlagu di dalam kalbunya, tetapi walaubagaimanapun dia harus juga melalui mereka untuk ke pintu keluar. Gerak langkah kakinya semakin hampir, bauan pewangi yg dipakai oleh gadis-gadis tersebut semakin dirasai. Fiq cuba mempecepatkan langkahnya. seperti yang bermain di minda Fiq, gadis-gadis tersebut yang juga rakan sekelasnya menyekatnya. Fiq kelihatan lemah dihadapan mereka, dia hanya mampu mengikut apa yang mereka arahkan.

" Hai Fiq, nak kemana laju-laju ni?" Soal salah seorang daripada mereka.

" Weh kamu semua. aku dah lewat ni. minta maaflah aku nak cepat," Balas Fiq.

" Kau nak cepat nak pergi mana? Lagipun ko cuma duduk dekat rumah aje kan," Sampuk rakan perempuan itu yang lain.

" Fiq, kami ni bukan apa. Cuma nak bagi nasihat sikit aja, aku fikir lebih baik kau lupakan niat kau untuk masuk karnival musikal itu nanti. Bukan apa, aku takut kau malu nanti. Kesian kau."

"Kau pun tahukan, kau bukannya ada bakat sangat pun, cuma pandai sikit aja, so lebih baik kau undur diri Fiq."

Satu tamparan yang hebat bagi Fiq terpaksa mendengar kata-kata yang langsung tidak membina dirinya itu malahan menjadikannya seolah-olah teramat lemah dihadapan semua orang.

" Nampaknya kalau kamu semua rasa aku tak mampu, lebih baik aku tarik diri. Bak kata orang kawan-kawan mencerminkan diri kita." Fiq menjawab dengan nada yang lemah.

" Bijak pown kau Fiq, aku sukalah dengan kau ni. Terima kasih kerana fikir dengan bijak."
Setelah puas mereka berdrama dihadapan fiq, mereka lalu beredar meninggalkan pemuda yang kelihatan tidak berdaya rohaninya itu. Sejurus selepas mereka beredar, Fiq mendapati terdapat sehelai nota yang tertulis namanya diatas helaian tersebut. Dia mengutip nota itu lalu membacanya. Tertulis sebaris ayat yang tiba-tiba merubah hati yang sedang hilang ditiup kabus menjadi panji yang bekibar megah.

“ Fiq, awak jangan hiraukan apa yang mereka katakan pada awak. Mereka telah berpakat dengan Is untuk mengenakan awak. Semua yang mereka katakan hanyalah pada pandangan mereka sahaja, tetapi bagi saya awak mempunyai potensi yang sangat hebat cuma perlu dikorek aja'

Fiq tersenyum, dalam kesamaran kabus yang meliputi hatinya masih ada lagi cahaya yang meneranginya. Kehidupan adalah sesuatu yang amat sukar diduga dan kerana itulah ia dipanggil kehidupan.

Dia terus meninggalkan tempat tersebut, saki baki kelemahan yang menyebabkan dia lemah juga dia tinggalkan agar ia tidak menghantui dirinya kelak. Fiq terus bertolak pulang ke rumah atuknya, fikiranya agak tidak keruan memikirkan apakah yang akan berlaku kepada dirinya kelak.Roda-roda masa berputar indah mencetak sebuah gambaran yang menjadi persoalan di dalam erti mencari kebaikan.

Masa beralun indah dengan lakonan-lakonan mainan insan di pentas realiti opera. Fiq terasa geli hatinya untuk menceritakan hal yang sedang berlaku pada dirinya kepada atuknya apabila bersua dengan orang tua itu. Dia menaiki bas seperti hari-hari biasa tetapi kali ini laluannya adalah menuju ke rumah atuknya dan bukan rumah sendirinya.

Seperti yang dijangka dalam masa setengah jam dia tiba di kawasan rumah atunya. Fiq menekan butang loceng bas, bas mulai perlahan. Dia pun bangun dengan tenang daripada kerusinya lalu berjalan ke arah pintu. Kebetulan juga waktu itu terdapat seorang gadis hendak keluar mengikuti pintu yang sama. Fiq berselisihan bahu dengan gadis tersebut, gadis tersebut agak dalam tergesa-gesa keluar seperti sudah terlewat untuk menghadiri sebuah perjumpaan. Fiq memberi keutamaan padanya agar tidak ada apa-apa perlanggaran berlaku.

" Lajunya dia keluar daripada bas ini, agaknya manalah dia nak tuju."
Fiq meneliti gelagatnya berjalan ligat menuju ke sebuah rumah besar dihujung simpang.

"Wah, besarnya rumah dia. Barangkali dia mesti daripada keluarga kaya," Bisik Fiq.
Fiq meneruskan perjalanan, diteliti setiap-setiap inci kawasan perumahan tersebut. Ia agak berbeza daripada yang sebelum dia tiba pada waktu yang lalu. Keadaan berubah dengan pantas, dalam sedar tak sedar apa yang pernah kita lihat berubah dengan sekilas pandang. Fiq tiba dihadapan mahligai atuknya yang tidak sebegitu besar mahupun terlalu sempit. Dia memberi salam, sebagai isyarat bahawa ada orang yang berada di luar. Genggaman jarinya mengetuk pintu dengan lembut.

" Ya sebentar," Satu suara serak-serak halus terlontar dibalik pintu kayu yamg sudah berumur lebih kurang 10 tahun, kelihatan bekas gigitan anai-anai terukir molek dikeliling bucu-bucu pintu tersebut.

Pintu dibuka, tercegat seorang warga tua separuh abad berdiri memegang tongkat dengan wajah yang lemah tidak berdaya seperti zaman muda-muda dahulu. Terukir wajah si tua itu dengan senyuman yang lebar melihat cucunya tercegat tampan dihadapan pintu tempatnya keluar dan masuk.

"Kamu rupanya Fiq, atuk fikirkan siapa tadi. Rupanya cucu atuk yang tampan ini yang datang melawat atuk."

" Atuk, rindu ngan atuk. Atuk sihat ke?," soal Fiq.

"Sihat, atuk rasa muda bila tengok kamu yang datang."

" Atuk, minta maaflah. Atuk tahukan mama dengan ayah, mereka tak berapa suka kalau Fiq datng sini. Ini pun Fiq curi-curi datang ke sini."

" Tak mengapa, atuk faham."

" Jadi kamu ke sini ada hajat apa?" soalnya.

" Atuk macam dah tahu aja, sebenarnyakan atuk. Fiq tak tahu lagi siapa yang harus Fiq jumpa selain atuk. Fiq sangat-sangat perlukan khidmat bantuan atuk saat ini."

" Herm, macam berat aja bunyinya. Baiklah, cuba ceritakan kepada atuk satu persatu. Atuk akan cuba bantu kalau atuk mampu," jawab atuk Fiq.

" Baiklah atuk, ceritanya bermula begini," Fiq mula menyusun bicara mengenai masalah yang dihadapinya itu. Dia menceritakan apa yang berlaku dengan penuh teliti, setiap satu persatu yang menimpa dirinya.

" Kamu ni Fiq, Nasib baik kamu cucu atuk. Apa yang kita lalui itu mesti bersebab dan ia bukan secara kebetulan. Jangan terlalu memikirkan sangat soal apa yang sering melanda kamu," Atuk Fiq memberi nasihat.

" Atuk, tentang festival musikal yang akan berlangsung itu nanti. Fiq langsung tak ada idea, nak buat apa pun tak tahu lagi. Macam mana ni atuk?," soal Fiq.

“hahaha.”Ketawa atuknya.

“ Kenapa kamu tanya atuk, kalau di zaman atuk. Persembahan pop yey yeh aje, takkanlah nak buat yang tu kan.”

“ Ish, atuk ni. Main-main pulak dia, atuk please. Fiq dah kebuntuan idea, semua idea macam dah lari merayau-rayau.

“ Aik, kemana perginya Fiq yang atuk kenal dulu. Fiq yang otaknya selalu ada idea-idea yang hebat. Kemana perginya cucu atuk yang dahulunya nak jadi seorang yang hebat.”

“ Entahlah atuk, bila Fiq dalam keadaan begini, Fiq rasa takut. Mungkin sebab ini pertama kali Fiq masuk, sebab itulah hati ini rasa nak tercabut,”

Orang tua yang sudah mencapai umur separuh abad itu merenung kea
rah cucunya, dia tersenyum melihat gelagat anak muda seperti cucunya itu. Terbayang di minda lelaki itu seorang budak, yang amat disayangi dan pernah menjadi intan payung dirinya suatu ketika dulu. Air muka Fiq didalam kesusahan sama seolah wajah budak di dalam fikiran lelaki tua itu. Lamunanya jauh melayang, kelopak matanya mula dibasahi embunan kengan. Ia mengalir menuruni lekuk-lekuk kedut usia.

Fiq menyedari bahawa atuknya itu sedang bersedih, dia kehairanan. Dikesapnya air mata suci lelaki itu dengan tangan lembutnya. Hati Fiq mulai dilanda persolan, adakah kedatangan dia disini menyebabkan atuk kesayangannya itu bersedih.

“ Atuk, kenapa ni? Fiq rasa macam ada air keluar daripada mata atuk ,” Fiq cuba menceriakan suasana.
Kelihatan wajah yang bersedih tadi kembali ceria, dikesatnya air mata itu dengan kain pelekat yang berada ditanganya itu.

“ Tidak ada apa-apa pun, atuk Cuma teringatkan ayah kamu sewaktu dia berumur seperti kamu. Saling tak tumpah raut wajah kamu dengan ayah kamu kalau tersepit dalam masalah.”

“ Owh, atuk teringatkan ayah ya.”

“ Atuk, boleh Fiq tanya satu soalan?”

“ tanyalah Fiq, apa-apa pun.”
“ Apa yang telah terjadi antara ayah dengan atuk?”Soal Fiq dengan penuh perasaan ingin tahu yang amat kuat.


Fiq terus-menerus merenung atuknya, dia berharap agar atuknya memberi penjelasan agar semua persoalan tentang ayah dan atuknya itu terjawab. Degup jantung Fiq kencang degupnya, dia menelan air liurnya. Tetapi kelihatan atuknya belum bersedia untuk menjawab soalan yang telah diajukan oleh Fiq.

“ Duhai cucu atuk, bila masanya tiba. Atuk akan cerita semua yang kamu mahu tahu. Tapi masa itu bukanlah sekarang ya.”

Fiq mengangguk akur dengan jawapan yang telah diberikan oleh atuknya itu. Mungkin ada perkara yang bukan untuk diberitahu, tetapi ia akan datang sendiri untuk kita mengetahuinya.

“ Bukan kamu kata nak datang sini nak minta pendapat atuk ke, asal ke situ pula perginya,” Atuk menukar topik

“ Iyalah, terlupa pulak saya atuk.”

“ Fiq, kamu tunggu sebentar. Atuk mahu ambil sesuatu untuk kamu.”

“ Apa dia atuk?” Fiq sibuk hendak mengetahuinya.

“Adalah, nanti kamu tengoklah sendiri. Cuba bersabar sedikit.”

Fiq mengangguk-angguk tanda setuju.

Atuk lalu bangun dari tempat duduknya, tubuh beratnya itu meninggalkan ruang tamu. Dia berjalan perlahan menuju ke bilik tempat dia beradu. Fiq memperhatikan suasana keliling rumah atuknya. Matanya berhenti pada gambar arwah neneknya yang berada di atas meja, teringat dia akan neneknya itu. Sudah lama nenek Fiq pergi meninggalkan dunia, Dia langsung tidak pernah bertemu dengan neneknya itu.

Atuknya berjalan keluar daripada bilik, disebelah tangan kananya memegang sebuah bekas gitar lama. Habuk-habuk jatuh mencemari lantai rumah tersebut. Fiq melihat kea rah atuknya bersama bekas gitar kayu yang sudah diketogorikan barang-barang antic itu.

“ Fiq, inilah dia. Atuk nak hadiahkan gitar ini kepada kamu.”

“ Ini ke atuk, Nampak macam dah lama aja.” Fiq seolah-olah berlagak sombong.
“ itulah kamu. Fiq, dalam kehidupan kita tidak boleh menilai sesuatu terus kerana luaranya. Selamilah ia baru betul-betul kita mengenalinya.”

Fiq menunduk malu. Atuknya menepuk belakang Fiq dengan penuh manja.

“Cuba kamu buka, lihat apa di dalamya.”

Fiq mencapai bekas kayu yang berbentuk gitar itu. Dia menghembus debu-debu yang terdapat di atas bekas tersebut. Debu-debu berterbangan ke udara, Fiq memetik butang untuk membuka bekas tersebut. Satu aura yang belum pernah dirasainya tiba-tiba berdamping di dalam hatinya. Perlahan-lahan dia membuka penutup tersebut. Satu senyuman terukir di bibir Fiq, dalam matanya terpantul sebuah gitar yang sangat cantik berwarna ungu, bentuk dan ukirannya amatlah unik dan sangat menarik. Jarang sekali dia melihat sesuatu seperti itu.

“ Terima kasih atuk. Fiq tak pernah jumpa gitar secantik ni. Warnanya, ukirannya dan seni rekaan gitar ni sangat hebat.”

“ Fiq, inilah gitar yang atuk paling saying sekali. Gitar ni dah banyak memberi inspirasi kepada atuk dan dengan gitar ini jugalah atuk dapat mengorat arwah nenek kamu.”
Fiq ketawa kecil mendengar kata-kata atuknya itu.

“ Tapi Fiq ada satu lagi masalah nit ok.”

“ Ha, masalah apa lagi kamu ni?”

“ Fiq mana pandai main gitar.”

“ Apalah kamu ni, main gitar pun tak reti. Jangan risau, apa gunanya kamu ada atuk yang hebat ni.”

Fiq menarik nafas lega, atuknya hebat bermain gitar. Fiq pernah mendengar mama bercerita tentang atuk sewaktu dia masih kecil. Atuknya dahulu seorang pamain gitar yang hebat dan terkenal, tetapi beberapa peristiwa telah merubah hidup atuk.Fiq menolak keluar persoalan yang mula meresap ke dalam mindanya, dia sekarang hanya menunggu tunjuk ajar daripada atuknya itu.

Mulai pada saat itu, Fiq telah berlatih gigih bermain gitar. Pada mulanya dia agak kekok, tetapi setelah sekian lama jarinya sudah lembut untuk memetik tali-tali gitar miliknya itu. Tiap-tiap hari Fiq akan singgah ke rumah atuknya untuk belajar memetik gitar. Perkara ini telah menimbulkan kecurigaan terhadap ayah Fiq, Dia merasakan yang Fiq cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.

Pada suatu malam selepas makan malam, ayah Fiq mengajaknya berborak.
“ Fiq, ayah tengok kamu sekarang ni asyik sibuk aja. Jarang sekali ayah lihat kamu melekat di rumah. Selalunya kamulah yang akan duduk terperap di rumah.”

“Owh, tidak ada apa-apa pun yang berlaku. Fiq Cuma agak sibuk dengan persembahan untuk festival musikal di kolej Fiq aja.” Terang Fiq kepada ayahnya.

Ayahnya melihat Fiq dengan penuh tanya. “ Mengapa kau tidak khabarkan khabaran ini kepada ayah. Pastinya inilah festival pertama yang kamu mengambil tempat di dalamnya, bagi ayah perkara ini sepatutnya diceritakan awal-awal. Kamu sudah mula mencecah perubahan wahai anak bujang sulung ayah.”
Terukir senyuman halus dibalik bibir kecil itu. “ Minta maaf ayah, bukan niat Fiq untuk menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan mama dan ayah, Cuma ia berlaku secara pantas. Lagipun bukan Fiq yang merelakan diri untuk meletak nama di dalam festival itu. Professor Ros yang telah mencadangkan nama Fiq.”
Lelaki yang umurnya dalam lingkungan 40-an itu mendekati anaknya, tangan kedutnya itu mengusap kepala anak sulungnya itu.
“ Owh, begitu rupanya. Baiklah kalau begitu, tetapi ayah nak bagi amaran kepada kamu. Ayah tak mahu kamu ke rumah atuk kamu. Sekiranya ayah dapat tahu yang kamu ke rumah atuk, ayah akan sekat perbelanjaan kamu,” Nada ayahnya bertukar tegas. Malam yang sunyi bertukar menjadi agak tegang. Kedengaran bunyi kipas membelah udara, wajah ayahnya berubah malap. Lelaki dewasa itu membetulkan kedudukannya, disapu mukanya dengan sebelah tangan seolah-olah dipenuhi dengan kebingungan. Dia sedar akan kelakuan ganjilnya di hadapan anaknya, tetapi fikirannya bercampur-baur dengan memori silam yang terpahat di dalam hatinya.
Ayah berjalan keluar daripada ruang tamu meninggalkan Fiq yang tercengang dengan kata-kata ayahnya.

“Baiklah ayah,” fiq berkata lembut.

Dia sedar bahawa terdapat konflik di antara ayahnya dengan atuk. Tetapi dia masih buntu untuk mencari jawapannya. Mama pun tidak mengetahui sebab mengapa ayah tidak mahu berbaik dengan atuk. Tetapi apa yang pasti, dia pasti akan menggali lubang kebuntuan yang sentiasa berselingkar di dalam kepalanya.

“ Manusia sering menjadi hamba kepada kebodohan mereka sendiri, dan kerana itulah mereka telah rugi. Pastinya aku bukan dalam golongan itu,” Bisik hati Fiq. Dia merenung ke arah ayahnya yang sedang berjalan meninggalknnya. Dia terfikir barangkali ayah sudah mengetahui ke mana dia pergi. Dia menolak kemungkinan tersebut dan membuat andaian mungkin itu Cuma firasat dia sahaja.

Fiq berjalan kebiliknya, hatinya berasa lemah setelah mendengar kata-kata ayahnya sebentar tadi. Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam waktu Malaysia. Fiq masuk ke biliknya lalu menukar pakaian untuk keluar. Dia ingin menghirup udara malam di luar rumahnya. Perlahan-lahan dia menyusup keluar dari rumahnya tanpa pengetahuan sesiapa. Ketika itu ahli keluarganya sedang sibuk menonton telivisyen. Akhirnya dia berjaya menjejakkan kakinya ke pintu hadapan, Fiq menarik nafas panjang.

Bulan bersinar indah sekali, awan-awan berarak mentupi bulan. Bunyi angin yang melintasi telinga Fiq membuatkan dia berasa damai sekali. Alangkah indahnya suasana malam itu, Fiq mengambil peluang untuk pergi bersiar-siar mencari ilham di sekitar kawasan perumahannya itu. Dia berjalan keluar ke jalan raya ditemani bulan yang indah berseri. Matanya tidak berhenti melihat sekitar kawasan perumahannya itu. Malam semakin dingin, terasa kesejukannya menusuk kedalam urat-uratnya.

“ Sejuknya malam ni, dah macam duduk dekat London pun ada.”

Fiq menggosok-gosok kedua belah telapak tanganya itu. Dia sedaya upaya menghilangkan kesejukannya itu, walaupun dia telah mencuba untuk melenyapkan rasa sejuk itu ia tetap kembali umpama masalah yang mendatang, walaupun banyak masalah kita telah selesaikan ia akan pasti bertambah dan ia tidak akan berkurang. Fiq terus berjalan melalui jalan tar yang keras kagi kasar itu.

“ Festival tu dah makin hampir, aku belum cukup pasti yang aku dah bersedia. Aku hanya mengharapkan keajaiban buat masa ni.”
Rambut Fiq beralun ditiup angin, tekaknya berasa kering di tengah keheningan malam membuatkan dia ingin ke kedai serbaneka 24 jam untuk membeli setin air. Dia pun mula berjalan mencari kedai. Suasana malam amat sunyi sekali, kelihatan kereta di jalan raya utama boleh dibilang dengan jari berbanding bilangan kereta pada siangnya.
Fiq merasakan yang dia sudah berada agak jauh daripada rumahnya, tetapi tekak hausnya itu memaksa Fiq untuk menemukan air agar terubat hausnya itu. Fiq mula masuk ke taman perumahan yang belum pernah dilaluinya lagi sebelum ini. Setahunya kedai serabaneka 24 jam terletak berdekatan dengan kawasan perumahan tersebut kerana dia pernah melihatnya ketika dalam perjalanan pulang menaiki bas ke rumahnya. Malam semakin larut, sautan salakan anjing membuatkan bulu roma Fiq. Otaknya sudah mula membayangkan benda-benda pelik, Fiq mempercepatkan langkahnya menuju ke kedai. Tidak berapa lama kemudian, Fiq berjaya tiba di kedai serbaneka itu.

Dia pun lalu masuk ke dalam.

“ Selamat datang!” Kata pekerja si kedai tersebut.

Fiq membalasnya dengan sekuntum senyuman. Dia terus ke peti simpanan air, dia mengambil setin air. Tangannya boleh merasa kesejukan di dalam peti tersebut, pada pandangannya. Bagaimanalah orang di kutub utara boleh tahan dengan cuaca yang sejuk. Begitu kental hati mereka, hidup bergantung pada kekuatan hati. Tidak kira di mana kita diletak atau ditempatkan, kalau kita mempunyai hati yang kuat serta akal yang bijak, pasti mudah untuk menanganinya.

Fiq kemudian mengambil sebuku roti di atas rak makanan. Sedang dia membelek barang-barang yang hendak dibeli, seorang wanita berpakaian putih masuk ke dalam kedai. Fiq merenung wanita tersebut.

“ Wah, cantiknya perempuan tu. Tapi, apa yang dia buat malam-malam macam ni. Entah-entah!” Fiq mula berfikir yang bukan-bukan. Mindanya mula membayangkan bahawa wanita itu adalah jelamaan puntianak yang merayau-rayau mencari mangsa.

Wanita itu berjalan kea rah Fiq, hatinya beryambah lebih takut melihat wanita yang umurnya lebih kurang Fiq itu menghampirinya. Muka Fiq menggambarkan kerisauan yang jelas, dia menelan air liurnya.

Wanita itu berdiri di hadapannya dengan dua belah mata yang menakutkan merenung tajam wajah Fiq. Satu bau yang amat wangi menusuk hidungnya, ketakutan Fiq semakin menebal.

“Woi, apa tengok orang macam tu. Ingat saya ni hantu ke apa. Kalau saya ni hantu, dah lama saya makan awak.” Wanita itu menengking sinis Fiq yang dalam dilemma itu.

Fiq tersentap dengan gelagat wanita tersebut, dia menarik nafas lega. Apa yang difikirnya salah rupanya.
“ Eh, mana ada. Saya tengok awak sebab saya rasa pelik sebab awak datang ke kedai tengah-tengah malam buta ni,”Ujar Fiq yang cuba menutup persepsinya sebentar tadi.

“Huh, orang lelaki zaman sekarang semuanya akal sempit,” kata wanita itu dengan nada yang rendah.

Pekerja kedai tersebut ketawa melihat gelagat Fiq apabila dimarahi oleh wanita tersebut. Wanita berpakaian putih itu memalingkan mukanya daripada Fiq lalu mengambil beberapa barang untuk dibelinya. Fiq terus tidak menghiraukan wanita tersebut lalu ke kaunter untuk membayar wang.

“ Terima kasih tuan, sila datang lagi,” Kata pekerja kedai serbaneka itu sambil mengulurkan baki wang.
Fiq pun keluar daripada kedai itu. Dilihatnya sebuah kereta mewah berwarna hitam dihadapannya. Tiada siapa pun di dalamnya.

“ Ini mesti kereta orang-orang besar ni, ada style betul kereta ni,” bisik hati Fiq.

Kemudian wanita yang memarahinya sebentar tadi pun keluar daripada kedai. Dia berjalan terus kedalam kereta mewah tersebut. Wanita itu lalu menghidupkan kereta lalu terus beredar dengan cepat daripada situ.

“ Garangnya minah ni, hantu pun boleh kalah kalau tengok gaya dia ni,” Bebel Fiq.

Fiq pun memulakan perjalanan ke rumahnya. Dia membuka tin air, tekaknya yang tadi meronta kehausan telah dibasahi dengan air minuman yang telah dibelinya. Bulan sekali-sekala mengintainya di ballik tabir awan-awan gelap. Tapak kasut berbunyi halus tatkala memijak bumi yang diselaputi tar it, kakinya mulai terasa lenguh. Keringat-keringat mengalir menuruni pipi Fiq, dia mengelap peluhnya itu dengan bajunya. Sedikit demi sedikit air di dalam tin dihirupnya sementara roti yang berada di tangannya masih belum dijamahnya.

Dalam kepekatan malam itu, Fiq terlihat sebuah kereta tidak jauh daripada penglihatannya tersadai seolah berada dalam masalah. Kelihatan seorang wanita sedang mencangkung membelek tayar keretanya.

“ Pasti ada sesuatu yang tidak kena pada kereta tersebut,” Bisik Fiq “ Tapi kalau diteliti, aku rasa macam kenal dengan kereta ini serta gadis itu.”

Fiq berjalan menghampiri kereta tersebut. Ternyata apa yang dibisikkan benar, itulah gadis yang ditemuinya di kedai serbaneka. Dia terus mendekati perempuan itu, satu raut wajah yang lemah dan penat disebalik alunan rambut yang panjang lagi hitam dilihatnya. Perasaan bersalah akan dihantui Fiq sekiranya dia meninggalkan perempuan itu dalam keadaan begitu.

Fiq menegur sayu “ Cik, ada apa-apa masalah. Boleh saya bantu?”

Wanita itu yang terkejut mendengar suara Fiq terus bangkit lalu memalingkan wajahnya tepat ke arah Fiq.

“ Awak!” Perempuan itu tersentap “ Awaklah yang saya jumpa dekat kedai kan?”
Fiq mengangguk tanda benar.

“ Nasib baik awak ada, awak kena tolong saya. Tayar kereta saya ni rasanya dah bocor, mungkin saya dah terlanggar paku atau benda-benda tajam,” Terang wanita itu dengan harapan bahawa Fiq akan membantunya.

“ Owh, paku ya. Biar saya check kejap,” Fiq menundukkan kepalanya ke tayar kereta yang dikhuatiri terkena paku itu. “ Rasanya tayar ini perlu ditukar kerana bocornya agak besar. Ini mungkin akan mengambil sedikit masa.”

“Awak buatlah, saya tak tahu bagaimana hendak tukar,” Arah wanita itu.

“ Amboi, nak minta tolong macam aku ni kuli aja,” Sindir hatinya kepada perempuan yang tidak tahu beradap itu.

Fiq memulakan tugasnya, dia mengambil beberapa peralatan di dalam but kereta. Perlahan-lahan di membuka nut-nut di tayar itu. Perempuan itu berdiri tegak disebelah Fiq, matanya tidak berhenti melihat jari-jari Fiq memutar spanar. Bunyi-bunyi geseran besi menutup kesunyian di celah malam itu sebentar. Kawasan di situ agak malap dan ia menyukarkan kerja-kerja Fiq. Tetapi baginya itu bukan satu halangan untuk dia menyiapkan tugasnya itu.

“ Awak, boleh cepat sikit tak,” Rungut wanita itu.

“ Saya sedang sedang berusaha ni kak, diminta bersabar ya. Saya ada dua tangan aja,” Fiq menyindir wanita itu. “ Apalah dia ni, dia fikir dia ini siapa.”

Wanita itu berdengus garang, Fiq tersengihmendegar dengusan kesalnya itu.

“ Kak, dah siap!” Fiq bangkit sambil mengelap tangannya yang berminyak itu. Dia lalu mengemas semula pekakas ke dalam kotak perlatan.

“ Owh dah siap pun, lama betul saya tunggu.”
Perempuan itu mengeluarkan beg duitnya dan menarik beberapa helai duit merah. Fiq melihat gelagat wanita itu.

“ Satu,dua ,tiga, empat, lima,” Dia mengira helaian wangnya itu. “ Nah, ini untuk awak. Ambillah sebagai upah.”
FIq dengan pantas menolak “ Tidak mengapalah cik, saya ikhlas nak tolong.”

“ Ambil ajalah, saya dah bagi ni kira ok tahu!”
Fiq terdiam, matanya penuh dengan rasa kesal melihat kelakuan perempuan dihadapannya itu.

“ Hidup ini kita tidak boleh mengarah sahaja, setiap perkara ada nilainya dan bukanlah duit yang mengatasi segalanya,” Satu kata-kata terlontar daripada bibir Fiq.

Perempuan bertubuh kecil itu terdiam, mukanya tetap tidak mahu mengalah.

“ Kalau begitu, tidak mengapalah,” Kata wanita itu.

Dia lalu membuka pintu keretanya, tanpa menghiraukan Fiq dia terus menghidupkan enjin keretanya lalu beredar daripada situ meninggalakna Fiq. Malam sekali lagi menjadi bisu, kepulan halus asap kereta mencemari pemandangan malam. Fiq sekali lagi memulakan perjalanan, tidak sampai dua tiga langkah dia berjalan, seorang lelaki tua menepuknya daripada belakang. Fiq terkejut besar dengan kehadiran lelaki itu. Dia terus menoleh ke belakang, seorang lelaki berpakaian comot dan selekeh berdiri lemah di hadapannya. Fiq berlagak tenang walaupun di dalam hatinya dibanjiri dengan ketakutan.

“ Nak, bantu pakcik. Pakcik dah berapa hari tidak menyentuh makanan. Pakcik sangat-sangat lapar,” Rintih lelaki tua itu.

Fiq tanpa ragu-ragu menghulurkan roti yang dibelinya kepada lelaki yang sedang kelaparan itu. Dicapainya oleh lelaki tua itu roti yang telah diberi oleh Fiq, dia lalu terus membuka bungkusan tersebut dan memakan roti itu. Gaya lelaki tua itu makan seolah memang benar dia sudah beberapa hari tidak makan. Fiq terasa bersyukur kerana dia telah membeli roti itu, mujur sangat dia dapat member lelaki itu.

“ Nak, terima kasih,” Kata lelaki itu. “ Percayalah, jika setiap yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan ia pasti mendatangkan hasil meskipun ia tidak dapat dilihat. Hanya mereka yang dikuasai keikhlasan dapat merubah dirinya. Kuasa ikhlas itu bisa jua mencairkan besi yang keras.”

Fiq tergamam melihat kata-kata lelaki tua itu seolah-olah lelaki yang berdiri di hadapanya itu seorang yang hebat dalam bicaranya dan bukan seorang tua yang lemah dan comot. Lelaki tua itu menghampiri Fiq lagi, dia menghulurkan sesuatu sebagai tanda terima kasih. Fiq mengambil benda tersebut dengan tangan kanannya.

Lelaki tua itu bebisiki di telinga Fiq . “ Percalah dengan kuasa sesebuah keikhlasan.”

Telinga Fiq tertumpu dengan kata-kata orang tua itu sedang matanya pula tertumpu kepada benda yang berada di tapak tanganya. Fikirannnya mulai hanyut dengan kata-kata itu.
“ Pakcik, inikan pick gitar. Kanapa pakcik beri pada saya pula?” Soal Fiq sambil kepalanya tertunduk melihat pick gitar yang berwarna biru keemasan itu.

Angin sejuk tiba-tiba melintasi pipi Fiq, dia mengalih pandangannya kehadapan semula. Hatinya dengan pantasnya berdegup kencang. Angin yang bertiup menggugurkan dedaun kering dari atas pohon menghujani Fiq. Tangannya menggeletar seram, lelaki tua yang berdiri di hadapannya kini telah lenyap daripada pandangan. Fiq memanjangkan lehernya meninjau sekeliling,dia amat hairan bagaimana lelaki tua itu boleh lenyap secara misteri.

“ Kraakk.” Bunyi kayu patah.

“ Hah, apa tu?” Fiq semakin risau.

Dia secara tiba-tiba menjadi sangat bertenaga lalu membuka langkah seribu meninggalkan kawasan tersebut. Tidak dihiraunya apa yang berada di hadapan, semuanya diredah Fiq. Ternyata benar apa yang dikatakan orang. Apabila kita dilanda ketakutan, apa yang kita tidak mampu lakukan sebelum ini pasti dapat dilakukan.


Bab 2
Kriiiiiiiiing…..

Sepasang mata terbuka, amat susah untuk sepasang mata itu meninggalkan mimpinya. Badan sasa yang terkujur itu bergerak membetulkan urat-urat yang sudah keras itu. Di luar sang matahari menyelinap keluar di balik bukit-bukit hijau memancar cahayanya ke bumi Malaysia. Terang cahayanya menembusi langsir bilik menyentuh wajah Fiq yang masih belum cukup sedar itu. Bunyinya loceng yang berdering mengganggu suasana pagi itu.

“ Diamlah jam, awal lagi harinya,” Rungut Fiq yang masih terbaring di atas tilam empuknya.

“ Abang Fiq, dah pukul 8 pagi dah ni,” Satu suara kecil menyapa di muka pintu biliknya.

Adik bongsunya cuba mengejutkan abangnya.

“ Baru pukul 8 pagi dik, belum pukul sepuluh lagikan,” Fiq memberikan alasan agar adiknya beredar.
“ Ha, yelah tu. Kalau hari ni Ahad, tidak mengapalah abang. Tapi dalam kalendar dia cakap hari ini hari Isnin.”

Fiq tersentap, dia tersedar yang dia sudah lewat untuk ke kolej.

“ Alamak! Abang dah lewat sangat yang teramat ni.”
Fiq terus melompat turun daripada katilnya, dicapainya tuala lalu terus masuk kedalam bilik air dengan berbaju tidurnya.
“ Apa dah jadi abang aku ni,” Kata adik kecil Fiq.

Kemudian kedengaran suara orang menjerit dari dalam bilik air. “ Adik, mana pergi air paip ni?”
“ Lupa pula adik nak cakap dekat abang tadi, air kena potonglah. Ayah lupa bayar bil.” Jawab adiknya dengan muka lucu.
“ Sudah, bagaimana pulak aku nak mandi ni. Nampaknya aku kena mandi tidak berbasahlah ni. Nampak gaye kena pakai bedak separuh botol hari ni. Kalau tidak pasti bebau badan aku,” Rungut Fiq bersendirian.
Fiq terus keluar daripada bilik air lalu menyarungkan baju serta seluar. Ditaburnya bedak wangi ke seluruh badanya dengan harapan agar badan dia berbau seperti orang yang telah mandi. Beg yang berada di kepala katil digalasnya ke ruang tamu.
“ Adik, kenapa adik tak ke sekolah hari ni?” Soal Fiq.
“ Tak mahulah abang, nanti kalau adik ke sekolah dengan tak mandi. Mesti kawan-kawan adik gelak dekat adik.”
Fiq terpaku mendengar alas an adiknya itu, dia amat pasti yang adiknya sengaja member alasan itu supaya dia tidak perlu hadir ke sekolah pada hari itu. Disebabkan Fiq sudah dalam kelewatan, dia hanya mampu menjeling adiknya itu. Kalau diikutkan hati, hendak dimarah adiknya yang agak malas itu.
“ Abang pergi dulu, jangan kamu nak merayau-rayau pula. Duduk di rumah sampai mama dan ayah pulang,” Pesan Fiq kepada adiknya itu.
Fiq memakai kasutnya, diikat tali kasut dengan penuh teliti. Sekiranya dia hanya mengikat tali kasut itu dengan sambil lewa sudah pasti beberapa langkah berjalan ia terhurai semula.

“ Tali kasut ni mesti ikat kemas-kemas, kalau tidak ia tercabut dan ia mungkin boleh memudaratkan aku. Kerja mesti teliti sentiasa, kalau tidak kena ulang dua kali dan ini amat merugikan kita. Jangan amalkan sikap membuat kerja dua kali,” Fiq menasihati dirinya walaupun ia berbunyi agak pelik jika didengari oleh orang lain.
Setelah selesai, Fiq beredar daripada perkarangan rumahnya menuju ke pondok bas yang terletak tidak jauh daripada rumahnya. Sambil bersiul dengan penuh ketenangan dia terlihat seoarng gadis memakai baju berwarna merah jambu sedang duduk di perhentian bas. Mukanya kelihatn agak resah, matanya tidak henti-henti melihat jam tangannya.
“ Itukan Linda, kenapa dia masih berada di situ.”
Fiq terus berjalan ke perhentian bas itu. Apabila dia tiba, kelihatan Linda sedang duduk sambil memgang fail di tangannya. Fiq mendiamkan diri, dia berpura-pura seolah-olah tidak mengenali Linda. Anak matanya tidak henti menginta gadis yang kelihatan resah itu. Bibirnya tidak henti-henti bersiul, Fiq bergendang di atas palang yang berda di hadapan tempat duduk itu bagi mengisi kebosanan.
Dalam hatinya berkata. “ Kenapa Linda masih berada di sini. Tak mungkin dia terlewat bangun seperti aku. Eh, mustahillah perempuan baik seperti Linda boleh bangun lewat. Tangan yang sibuk begendang sudah mulai lenguh begitu juga bibirnya. Fiq mulai dilanda resah, dia tertanya-tanya kemana agaknya pergi bas yang setiap hari mengambilnya ke kolej. Bayangnya pun tidak kelihatan.
“ Barangkali pemandu bas ini pun bangun lewat seperti aku agaknya,” Bisik hatinya.
Linda lebih kelihatan resah berbanding Fiq, tangannya tidak henti-henti menghentak failnya. Fiq terus menerus mengintai aksi Linda.
Fiq dengan spontannya berkata. “ Kalau awak hentak benda tu sampai kemek sekalipun bas tak akan datang dengan segera.”
Linda menyedari yang Fiq sedang berkata padanya. Dia menghentikan perbuatannya itu, Fiq ketika itu sedang melihat ke arah jalan raya berkata lagi. “ Mungkin bas lewat sebab mengalami masalah.”
“ Habis, apa yang awak nak buat sekarang? Awak tetap nak tunggu bas tiba?” Linda membalas dengan nada yang agak kemas seperti yang diharapkan oleh gadis yang berpelajaran dan sopan itu.
“ Sabar ajalah, mungkin ada hikmah disebaliknya. Kita mana boleh ramal,” Fiq dengan tenangnya menjawab.
“ Awak ni memang selalu beginikan, tidak kira apa situasi dan dimana awak pasti akan berlagak tenang,” Kata Linda lagi seolah melepaskan perasaannya yang sudah lama mahu disampaikan.
“ Meskipun awak dibuli, dihina tetapi masih lagi berupaya tenang. Awak ni pelik sangat,” Sambung Linda.
Fiq memalingkan pandanganya ke arah Linda, dia berkata pula. “ Habis itu, awak nak saya buat apa? Mengamuk bila dibuli, meracau seperti kebiasaan orang!”
Linda terdiam, seolah-olah soalannya terjawab.
“Saya minta maaf, saya tak kisah awak nak labelkan saya sebagi pelik pun. Adalah bukan diri saya untuk berlagak seperti itu. Saya tidak berminat untuk kelihatan hebat di luar, memadailah saya dengan diri saya begini. Masa itu sentiasa begerak dan tidak akan pernah terhenti walau sedetik pun. Kita tidak tahu apa yang menunggu kita disebalik masa-masa yang bakal berlalu.”
Resah Linda berkurang mendengar kata-kata Fiq. Dia tidak menyangka watak yang selalu kalah di mata-mata teman-temannya sebenarnya adalah pemenang sejak dari awal. Dia cuba menyembunyikan kekaguman terhadap Fiq. Masing-masing mula membisu seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Pon!” Bunyi hon kereta berwarna merah.

Fiq menoleh ke a rah bunyi tersebut, Tidak disangkanya yang kereta warna merah itu milik Professor Ros. Fiq tersengih melihat Professor Ros memanggilnya dan Linda masuk ke dalam kereta.

“ Fiq, Linda,” Jeritnya. “ jom saya tumpangkan kamu ke kolej. Kita dah lewat ni.”

Fiq dan Linda tanpa ragu-ragu terus masuk ke dalam. Fiq mengambil tempat duduk hadapan sementara Linda pula duduk di belakang.

“ Nasib baik saya terdetik hendak lalu ke sini, mujur bertemu kamu. Bas yang kamu selalu naiki sudah terkandas di kawasan rumah saya. Mungkin itulah sebabnya hari ni kamu tidak melihat kelibatnya.” Kata Professor Ros.

“ Owh, begitu rupanya. Nasib baik prof lalu, kalau tidak berapa lamalah kami kena tunggu,” Ujar Fiq dengan nada yang lega.

“ Linda, mengapa kamu diam sahaja? Adakah kamu risau sebab lambat? Tiada apa yang perlu dirisaukan, saya akan beritahu Prof. Mail yang kamu berdua terlewat kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.”

Linda menarik nafas lega, Professor Mail adalah salah seoarang pensyarah di fakulti itu dan dia adalah seorang yang amat tegas jika bercakap mengenai disiplin. Tidak hairanlah mengapa kebanyakan pelajar takut kepadanya kerana dia juga merupakan mantan tentera darat.

“ Terima kasih Prof. Ros,” Kata Linda.

“ Jangan risau, perkara kecil aja,” katanya. “ So, bagaimana dengan kamu berdua punya persiapan untuk festival Sabtu ini. Fiq, adakah kamu sudah bersedia? Kalau Linda rasanya dia sudah biasa dengan festival ini,” Ujar Professor Ros.

“ Agak menggigil jugalah saya membilang hari. Maklumlah kali pertama menyertainya,” Kata Fiq kepada Professor Ros.

“ Kamu janganlah risau Fiq, manalah tahu tuah percubaan pertama kamu di festival itu menyebelahi kamu,” Kata Professor Ros cuba meyakinkan pemuda itu.

“ Semoga persembahan itu akan berjalan dengan lancar.”

Pemuda itu merenung jauh. Hatinya sering diresahi detikan jam yang mengejar hari festival itu. Alangkah hebatnya jika dia mampu mengawal masa, pasti senang hati tanpa perlu berfikir tentang tarikh. Dia mula berangan mampu mengawal masa, akalnya mencelah ke dalam angan-angan Fiq. Sekiranya manusia boleh mengawal masa pasti dunia ini dalam keadaan yang huru –hara. Pasti hilangnya sejarah dan hancurnya masa depan. Bukan semua perkara yang manusia mampu ubah, itulah keagungan ciptaan tuhan yang maha hebat pandangannya.

Bunyi bebelan dj radio mewarnai suasana, Professor Ros dengan dua belah tangannya memegang stereng kereta kelihatan bersungguh-sungguh cuba memecut kereta-kereta yang berada di hadapan. Kereta merah itu memecut laju merentas jalan hitam itu, jarang sekali Fiq ke kolej menaiki kereta, kali ini keadaan agak berbeza di dalam ruang kecil itu berbanding di dalam bas.

Mereka tiba dengan selamat, kelihatan kolej biru yang tersergam indah dengan kilauan cahaya yang memantul ke atas bangunana itu. Mujurlah mereka tidak berapa lewat, terdapat tukang kebun dan tukang cuci sibuk membuat persiapan untuk memulakan rutin harian mereka. Wajah-wajah itu kelihatan gembira dengan kerja yang dilakukan mereka setiap hari. Fiq mengerti sesuatu, dalam kita berkerja. Jika kita amat suka dan seronok dengan pekerjaan itu. Pasti tiada istilah berkerja dan kita pasti tidak akan merasai yang kita sedang berkerja.

Professor Ros memberhentikan enjin keretanya, ditutup semua punat lampu kereta . Fiq membuka tali pinggang keledar begitu juga. Linda juga membetulkan kedudukannya, dia sudah seperti tidak sabar untuk keluar daripada kereta. Butang kunci kereta dibuka, Linda dengan lajunya membuka pintu kereta di bahagiannya. Dia melangkah keluar, Fiq yang sentiasa kelihatan tenang meneliti gelagat Linda melalui cermin sisi kereta.

“ Prof. terima kasih kerana tumpangkan saya,” Linda mengucapkan terima kasih. “ Saya pergi dulu ya Prof.”

Linda menutup pintu kereta, Professor Ros menganggukkan kepalanya.

“ Begitu takut si Linda ni sebab terlewat, adakah dia selalu begini Fiq?” Tanya Professor Ros.

“ Kenapa Prof. Tanya saya pula. Saya tidaklah berapa kenal dengan Linda,” Jawab Fiq.

“ Kalau begitu, bolehlah kamu mula mengenalinya sekarang.”

“ Apa maksud prof, saya kurang jelas?”
“ Fiq, saya tahu yang kamu sukakan Linda, inilah peluangnya.” Kata Wanita itu lagi. “ Boy dah ceritakan semuanya pada saya, kamu tak perlu nak sorok perkara ini pun.”

Fiq tersipu malu, mukanya bertukar merah. Ingin sekali dia mencubit pipi Boy yang berlemak itu saat ini.

“ Fiq, malu ke? Tak perlu nak malulah. Perkara biasalah bagi seorang lelaki meminati seorang gadis, lagi-lagi yang seperti Linda. Gadis melayu terakhirlah katakan.”

Fiq menjadi kaku.

“ Prof ni boleh jadi tukang cari jodohlah,” Kata Fiq memerli Professor Ros.
“ Kamu mengata saya ya,” Guraunya. “ Apa kata kamu cuba berkenalan lebih rapat dengan Linda dengan memberinya fail kerjanya yang tertinggal di belakang itu.”

Fiq memusingkan kepalanya, bagaimana prof terperasan akan fail itu. Dia mengambil fail tersebut untuk dipulangkan semula kepada Linda. Pertama kali dia dapat memegang barang milik gadis pujaannya itu. Terpancar di wajahnya kegembiraan, adakah dia akan berkenalan dengan Linda. Angan-angannya jauh melayang.

“ Sudah, sudahlah berangan,” Tegur Professor Ros.

Fiq tersentap keluar daripada angannya itu, dia membuka pintu lalu melangkah keluar daripada kereta itu.

“ Prof, terima kasih ya sebab tumpangkan saya dan juga tips yang agak berguna ini.”

Fiq pun beredar meninggalkan kereta merah itu, dia menggenggam fail tersebut seperti tidak mahu melepaskannya. Bibirnya tidak henti-henti melontarkan senyuman, kali ini dia benar-benar meletak harapan tinggi yang Linda sudi berkawan dengannya. Apa-apa pun yang bakal berlaku dalam jangka 10 minit yang akan datang. Fiq yakin dia pasti akan mengharunginya dengan harapan dia dapat memberi fail itu dengan tangan kerasnya itu.

Rambut hitam serabainya itu melambai-lambai ditiup angin lembut, bajunya yang berkedut seribu membuatkan dia nampak selekeh seperti selalunya tetapi hari ini dia kelihatan lebih tidak kemas seperti hari-hari yang lain kerana selalunya, mama akan menggosokkan bajunya dan dia mempunyai masa untuk memperbaiki imejnya, tetapi hari ini situasinya sedikit berbeza.
Dia sedar yang dia agak lewat hari ini, Fiq membesarkan langkahnya. Lorong ke kelas dilaluinya sendirian, sekali-sekala dia membelek fail kepunyaan Linda itu. Terasa dalam nalurinya ingin membuka fail tersebut untuk mengetahui apa yang terkandung di dalamnya. Sifat ingin tahunya itu diketepikan kerana amanah itu lebih berat. Melakukan sesuatu adalah amanah dan janganlah diri kita termasuk dalam mereka yang sering melalaikan amanah itu.
Fiq merasakan yang dia bakal tiba di kelasnya apabila melepasi lorong yang sedang dilaluinya itu. Angin menukar arahnya, dalam naungan kegembiraan hatinya. Sang iblis datang mencelah, fiq bertembung dengan Iskandar yang ketika itu baru keluar daripada tandas bersama beberapa orang temannya atau lebih sedap lagi dengan panggilan kuncunya. Perasaan tidak enak mula menikam jantungnya, sesuatu pasti berlaku dan lagi-lagi fail Linda berada di tangan Fiq.
Fiq terenti di hadapan Is, mata mula bertentang mata. Is mula menunjukkan kitadakpuasan hatinya terhadap Fiq dengan hanya melalui jelingannya. Dua pasang mata hitam itu menjadi lebih marak bahangnya ketika melihat fail milik Linda berada di genggaman Fiq. Tanpa ragu-ragu tangan lelaki itu mencengakam lengan Fiq lalu diheretnya ke dinding berdebelahan mereka. Fiq nampaknya tidak berdaya melawan tindakan Is. Dia hanya mampu akur dengan kekasaran seumpama itu. Teman-teman Is begitu asyik melihat lelaki lemah seperti Fiq dibuli oleh Iskandar. Dalam keadaan itu, tangan Fiq begitu erat memegang fail tersebut.

“ Owh, ini kerja kau ya Fiq. Kau curi fail Linda supaya kau dapat mengetahui apa rancangan Linda untuk festival itu,”Gertak Is sambil tangannya menolak kuat tubuh Fiq agar dia tidak mampu melawan.


“ Is, kau jangan salah faham. Aku cuma…”
Belum sempat Fiq menutup rangkai ayatnya, Is menghumban Fiq ke lantai. Mukanya tersembam ke atas lantai marmar itu, bibirnya berdarah. Riak wajah Is begitu puas setelah melihat Fiq tertiarap di atas lantai.

“ Ini balasannya untuk pencuri.”

Is merampas fail tersebut daripada tangan Fiq, harapanya hancur ranap sebaik sahaja Is menyentuh fail itu.

“ Apa salah aku, menjadi mansa dalam fitnah adalah satu kekejaman yang amat perit,” Rintih Fiq.

Is kemudian beredar daripada situ meninggalkan Fiq, puas sungguh hatinya. Hati manusia amat mudah dicemari perasaan benci dan amarah, inilah sebabnya tercipta lopak kotor di dalam kalbu. Nilainya seoarng insan terletak pada hatinya, kuat hatinya maka hebat pemiliknya.

Fiq tercengang dengan apa yang menimpanya, katanya. “ Aku ni bermimpi ke, bagaimanalah watak aku boleh dimainkan dalam sketsa ni.”

Fiq terduduk, dikesatnya darah yang mengalir dibibirnya. Bajunya tercemar dengan darah yang menitik, kali ini dia rasakan gurauan Iskandar telah melebihi daripada biasa. Fiq kekal tenang, dia amat pasti bahawa ada kuntuman bunga yang tersorok di celahan rimbunan semak itu. Cuma dia belum temuinya lagi, hakikatnya ia tetap ada.

Fiq bangkit semula, ditepuk habuk-habuk yang melekat pada pakaiannya. Debu-debu halus kelihatan berdansa di udara. Fiq mengambil begnya, dia menyusuri ke dalam tandas berdekatannya itu. Cermin di dalam tandas tersebut memantulkan wajah Fiq, bibir luka itu disentuhnya perlahan-lahan. Sakitnya masih terasa, paip air di singki itu dibuka oleh Fiq. Air putih jernih keluar sebaik sahaja dia membuka paip itu. Dua belah tapak tangan ditadah bagi mengumpul air yang mengalir.

“ Mujur ada air, kalau tidak pasti comot wajahku dengan kesan darah ini.”

Fiq mencuci mukanya bagi menghilangkan darah yang terkeluar, bibirnya berdenyut seperti jantung seorang atlet.

“ Minta maaflah bibir, aku pun tak tahu yang ia akan jadi begini,” Fiq seperti berdialog sendirian dengan bibirnya itu.
Sementara di kelas, Is berjalan tenang bersama fail milik Linda. Ketika itu pensyarah bagi kelas pagi itu masih belum tiba. Iskandar dengan megahnya pergi ke arah Linda yang sedang sibuk menyelak begnya. Sudah pasti dia tercari-cari akan failnya itu.
“ Hai Linda, apa yang dicari oleh awak?” Iskandar berpura-pura bertanya. “ Awak cari benda inikan.”
Is menghulur keluar fail daripada belakangnya, Linda terkejut. Bagaimana fail yang dicarinya boleh berada pada Iskandar. Linda kehairanan, dia hanya mampu mengucap terima kasih kepada Is. Linda memriksa kandungan failnya itu, tiada apa pun yang hilang dan rosak. Dia amat bersyukur.

“ Linda, lain kali awak janganlah letak fail ini merata-rata,dekat kolej ini terdapat ramai kaki-kaki curi, kalau fail ini dicuri nanti awak yang dapat susah. Kalau awak susah, Is lagi susah hati.”

“ Tadi Is jumpa fail awak dekat café, Is pun cepat-cepat ambil takut ada yang kebas,” Katanya lagi berlagak seperti seorang hero kononnya.

“ Kalau begitu, terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Fail ini amat penting bagi saya, nasib baik awak jumpa,” ujar Linda.

“ Terima kasih aja, takkan itu saja,” Kata Iskandar mengharap lebih daripada ucapan terima kasih.
“ Apa kata Linda teman Is minum di café petang ni, soal duit tak perlu risau. Is akan belanja Linda. Itupun kalau Linda setuju dengan pelawaan Is,” Pelawa Iskandar.

Linda seperti serba salah untuk menolak pelawaan Is, tapi dia masih berasa ragu-ragu tentang bagaimana Iskandar menjumpai failnya.

“ Erm…Iskandar, saya tidak berani nak berjanji. Jika tiada apa-apa yang menghalang saya pasti akan ke sana petang ini,” Kata Linda lagi.

Iskandar tersengih seperti Linda telah bersetuju dengan pelawaannya.

“ Selamat pagi semua, minta maaf saya lewat. Sedikit kesulitan yang tidak dapat dielakkan, baiklah kelas sila ambil tempat masing-masing,” Kata seorang lelaki berkot biru yang juga dikenali sebagai Professor Mail.
Dialah satu-satunya pensyarah yang akan membawa rotan setiap masa, sifatnya yang mementingkan disiplin menjadi mimpi ngeri kepada pelajar-pelajar di dalam kolej itu. Muka garangnya tanpa tanda senyuman serta misai kontotnya seperti tentera menambahkan lagi ngeri pada perwatakan lelaki itu. Masing-masing senyap di kerusi sendiri, tidak berani mereka mengeluarkan bunyi bising.

“ Baiklah, saya ada beberapa tugas baru yang hendah saya sampaikan. Semua siap sedia dengan pen dan nota kamu.”
Pintu kelas terbuka, seluruh mata tertumpu pada pintu tidak terkecuali professor Mail. Seorang lelaki masuk ke dalam, dan lelaki itu adalah Fiq. Dia terhenti dihadapan pintu, ada banyak mata yang sedang melihatnya, dia agak resah kerana Prof Mail juga sudah tiba.

“ Saya rasa saya dah cukup lewat, rupanya masih ada lagi yang lebih lewat daripada saya. Kesini kamu,” Arah lelaki itu.

Fiq akur dengan arahan itu, kakinya amat berat untuk bergerak ke tempat Professor Mail. Tapi apakan dia, sekiranya dia menolak pasti lagi padah akibatnya. Semua teman sekelasnya memandang Fiq, masing-masing tertanya-tanya apakah yang akan dilakukan oleh prof. Linda memerhatikan Fiq begitu juga Iskandar.

“ Fiq, apa dah jadi dengan kau ni. Selalu kau tak pernah datang lewat seperti hari ni,” Bisik Boy.

Professor Mail mengeluarkan rotan mautnya, diarahnya Fiq menadahkan telapak tanganya. Tanpa segan silu, Professor Mail terus merotan tangan Fiq dengan sekuat hati. Berkali-kali Fiq dirotannya, pelajar wanita masing-masing gerun melihat lelaki itu melibas rotannya. Iskandar tersenyum lebar melihat Fiq dalam kesakitan.

“ Sakitnya, tangan aku. Wahai bunga, amat sakit sekali terkena duri semak-semak ini. Aku pasti bukan mudah untuk aku temuimu,” Fiq mengubat hatinya dengan sedikit bisikan semangat agar tangannya itu tidak lagi merasai kepedihan.

“ Sudah, sekali lagi kamu lewat. Pasti lebih buruk lagi saya akan lakukan, pergi ambil tempat kamu.”

Fiq terdiam kebisuan, tangannya menggeletar kesakitan. Paginya itu diwarnai dengan warna-warna yang menyakitkan hati. Fiq terbayang, apakah pula yang akan berlaku selepas ini. Satu persatu masalah mula timbul, dia harus menjadi lebih tabah. Matanya sentiasa terbayang kuntuman bunga yang amat indah. Fiq sentiasa berpegang pada sebuah prasa, untuk kita dianugerahi sesuatu yang hebat kita pasti akan melalui ujian dua kali lagi besar dan rumit, barulah kita bisa memperolehinya.

“ Fiq, bukankah kamu tadi bersama saya, kenapa kamu boleh terlewat,” Fikiran Linda terganggu.

Kelas pun berlangsung seperti biasa, Fiq kelihatan tidak selesa dengan kedudukannya. Barangkali kerana cedera ringan yang dialami olehnya. Dia hanya terdiam selepas dirotan, Boy yang cuba menaikkan semangatnya pun gagal umpama menadah air di daun keladi. Temannya itu berasa susah hati melihatnya murung di pagi hari.

“ Hai matahari, adakah kau terlebih memberi sinar ataupun bahangmu pada sahabatku ini.” Ujar Boy.

Linda mengangkat tangannya.

“ Prof. saya ingin memohon kebenaran untuk ke tandas sebentar,” Kata Linda.

“ Baiklah, dipersilakan,” balas Professor Mail.

Linda menarik keluar kerusinya, lalu berjalan keluar daripada kelas itu.

Dalam perjalanan, gadis berbaju merah jambu itu terserempak dengan Professor Ros. Masing-masing tersenyum.

“ Linda, hendak kemana kamu ini?” Soal wanita itu.
“ Saya hendak ke tandas prof.”
“ Owh, saya baru lepas kembali daripada sana,” Kata Professor Ros lagi.

“ Linda, saya baru teringat. Pagi tadi kamu ada tertinggal fail kepunyaan kamu di kereta saya. Mujur ada Fiq, saya telah memintanya untuk memulangkan ia kepada kamu. Sudah sampaikah fail itu?” Tanya Professor Linda kepada gadis itu.

Linda mula menjadi lebih keliru, Professor Ros telah meminta Fiq menghantarkan tersebut kepadanya. Tetapi bagaimana fail itu ada pada Iskandar.

“Sudah prof. fail itu ada pada saya. Terima kasih prof,” Ucap Linda.
“ Kalau begitu saya mahu beredar dulu,” Kata Professor Ros lalu beredar daripada situ.

Linda bergerak perlahan, dunianya menjadi perlahan. Angin yang bertiupan juga tidak dirasai kehadirannya.

Hatinya mula berbisik. “ Kalau Professor Ros yang arahkan Fiq serahkan fail aku, kenapa pula ia boleh beralih ke tangan Iskandar? Adakah ini ada kaitan dengan tingkahlaku Fiq dalam kelas tadi?”

Angin bertiup lebih deras, deru-deru angin membawa perasaan curiga yang mendalam sehingga sesiapa yang merasainya pasti terhambat padanya rasa ingin tahu dengan apa yang telah terjadi. Linda melupakan hajatnya untuk ke tandas, dia berpatah semula ke kelas. Saat ini gadis itu Cuma mahu memastikan kepastiannya, apa yang sedang berlaku? Apa kaitannya dengan Iskandar?.

Pintu kelas dibuka oleh Linda dari luar, udara sejuk penghawa dingin menyentuhnya organ terbesar dirinya. Anak matanya terkunci tanpa boleh dibuka, perhatian tertumpu kepada Fiq seorang. Terdapat keanehan yang Linda perasaan, bibir Fiq terdapat kesan luka. Linda duduk di tempatnya, dia lalu mengeluarkan sehelai kertas kosong lalu. Sementara Professor sedang sibuk mengeluarkan celotehnya yang membosankan itu, Linda juga sibuk menulis nota kecil untuk dipaskan kepada temannya yang berada bebrapa meja daripadanya.

Perbualan diantara dia dan rakannya itu dinotakan dalam tulisan secara tersembunyi.


Nota Linda : Zana, Kau tak rasa pelik tengok Fiq hari ini. Aku rasa macam ada sesuatu yang terjadi kat Fiq tu. Cuba kau tengok dia, baju habis kotor dengan kedut yang beratus-ratus. Rambut dia yang serabai macam mop lantai tu. Then ada luka dekat bibir dia.

Nota Zana : Kenapa kau ambil tahu tentang budak lembik tu? Banyak lagi lelaki dalam kelas ni, kenapa kau nak dia juga. Tak ada yang pelik pun, dia tu kan memang selekeh dari dulu. Apa yang peliknya?

Nota Linda : Zana, ada sesuatu yang aku nak minta tolong sangat-sangat. Please tolong siasat apa yang jadi pada Fiq sebenarnyar. Aku nak tahu yang teramat, sebab aku ada firasat yang sesuatu ada yang tak kena pada Fiq.

Nota Zana : Tak faham aku dengan kau ni, tengoklah macam mana. Kalau ada maklumat aku sampaikan. Jangan risaulah tentang budak lembik tu. Kita kena berhenti, Professor Mail macam dah perasanlah.


“ Bila nak habis kelas ni, kenapa aku rasa tak ada semangat hari ni. Oh bunga, aku amat ingin mencium bau wangimu saat ini,” Keluh Fiq hampa.

Professor Mail menghampiri Fiq, seluruh kelas dalam keadaan sunyi. Fiq ketika itu sedang dilamun dalam dunianya sendiri, kepalanya didagu atas meja. Kehadiran Professor Mail tidak disedarinya. Lelaki garang itu berdiri di hadapan Fiq.

“ Saya bilang sampai sepuluh awak dah keluar daripada kelas ini, saya tak suka tengok pelajar yang tidak memberi tumpuan di dalam kela. Sila keluar!” Arah Professor Mail.

Fiq akur dengan kehendak lelaki itu, dia sedar mungkin dia yang bersalah kerana tidak memberi tumpuan. Fiq dengan berat hatinya meninggalkan kelas, dia bercadang untuk pulang awal pada hari tersebut. Tubuhnya mula berasa kurang sihat, Fiq menggalas begnya lalu beredar dengan senang hati melangkah keluar daripada kelasnya. Boy terdiam tanpa mampu mengeluarkan sepatah kata, Is pula tersengih gembira sementara Linda diselubungi rasa bersalah. Linda sangat pasti Fiq terlibat dalam masalah ini adalah kerananya cuma masih tidak tahu apakah yang telah terjadi. Professor Mail tanpa lengah-lengah meneruskan pembelajarannya.

Fiq pulang awal pada hari tersebut, apa yang dilaluinya itu member kesan yang agak mendalam padanya. Namun begitu, hatinya tetap kuat dan masih tenang seperti kapal yang tegap belayar walau dihentam pukulan ombak besar.

“ Aku pasti, setiap ujian ini adalah untuk persiapan bagiku untuk menempuh ujian yang lebih besar dan hebat lagi, aku tidak boleh kalah dalam mengharungi masalah ini. Jika aku jatuh sekarang, pasti aku akan tenggelam dan hanyut dalam ujian yang lebih besar lagi.”

Sementara di dalam kelas, Linda menerima sepucuk nota daripada temanaya Zana.

Nota Zana : Linda, firasat kau sememangnya betul. Sesuatu telah terjadi pada Fiq pagi tadi, ada budak nampak Fiq sedang membawa fail milik kau. Sampai sahaja Fiq di lorong nak ke kelas kita, Iskandar sekat dia. Is nampak fail tu dekat tangan Fiq, dia rampas fail tu. Fiq cuba melawan, tapi dia ditolak oleh Iskandar. Fiq tersungkur, sebab itulah ada kesan-kesan luka pada mukanya. Aku pun tiba-tiba rasa kesian dekat budak lembik tu, tapi apa kaitan fail kau Linda dengan Fiq?

Segala persoalan yang bertandang di fikiran Linda terjawab, perasaan bersalah semakin meluap-luap. Apa yang seharusnya dilakukan olehnya saat itu? Disebabkan dia, Fiq mendapat luka. Perkara pertama yang ingin dilakukan saat itu adalah meminta maaf pada Fiq sebaik sahaja kelas selesai. Hatinya amat tergganggu, kabus hitam yang kelam membenam jiwanya. Matanya termenung jauh beribu batu ke dasar hati.

Tidak lama kemudian, kelas yang dikendali Professor Mail tamat seperti hari-hari biasa. Lelaki itu melangkah keluar sejurus memberi sepatah dua kata-kata penutup. Kelas mula bingit dengan suara-suara yang letih mendengar celoteh Professor Mail. Ada segelintir yang mula berjalan mundar-mandir sementara ada yang seronok menggeliat. Boy menconteng bukunya, dia ingin benar tahu apa yang telah berlaku pada Fiq, cuma dia tidak tahu di mana hendak mencari jawapannya. Iskandar duduk bersandar pada kerusinya dengan muka yang tersengih lebar.
Linda bangkit, dia dengan pantasnya berlari keluar daripada kelas. Rambut halusnya berayun-ayun dibuai angin , raut wajahnya tergambar harapan untuk menemui Fiq. Linda berpusing-pusing mencari Fiq. Hampir seluruh kawasan dijelajahinya, namun hampa yang dia temui. Bayang-bayang pemuda itu pun tidak kelihatan inikan pula dirinya. Linda beranggapan pasti Fiq telah pulang kerana marah dengan apa yang telah terjadi padanya hari itu. Linda tidak boleh menyalahkan Fiq atas apa yang berlaku. Gadis itu akur, hatinya bergoncang hebat hari itu. Terdapat juga perasaan marah yang amat mendalam di dalam diri Linda terhadap Iskandar. Hanya bintang yang mengasari binatang yang lain, tidak manusia. Linda kembali ke kelas dengan penuh kecewa. Iskandar yang sedang sibuk melayani teman-temannya terperasan bahawa Linda sedang dalam masalah. Dia cuba mengambil peluang untuk mendekati Linda.

“ Linda, kenapa dengan awak ni? Macam ada masalah aja.”

Linda masih membisu.

“ cerita ajalah pada Is, ada budak sakitkan hati Linda ke? Beritahu Is, siapa budak tu. Biar Is lanyak dia sampai lebam,” Is terus-menerus menanya Linda.

“ Kenapa awak buat Fiq macam tu? kenapa awak lukakan dia?” kata Linda.

Matanya mula berair. Pertama kali ada seseorang yang luka kerana dirinya.

“ Apa yang Linda cakapkan ni? Kenapa Linda nak menyibuk dengan budak selekeh tu?”

“ Pasal tadi, Is rampas fail Linda daripada diakan?” Nada suara Linda mula mengeras.

“ Owh, pasal tadilah ni. Is nampak Fiq ambil Fail Linda, Is ingat dia curi. Sebab itulah Fiq rampas fail Linda daripada dia,” Is cuba memesongkan kebenaran.

“ Mungkin silap Is, baiklah Linda. Is janji lain kali, perkara ini tidak akan berulang. Cuma salah faham sedikit aja, minta maaf Linda. Nanti Is kan jumpa Fiq minta maaf pada dia. Okey” Is sekali lagi membuatkan Linda percaya padanya.

Linda percaya apa yang dikatakan Is, baginya perkara itu telah selesai. Linda tidak mahu memberatkan kepalanya lagi. Dia Cuma mahu fokus pada persembahan festival music itu nanti. Begitu juga Fiq yang ketika sedang berehat di rumah atuknya.

“ Fiq, awal benar kamu pulang hari ini. Mesti ada apa-apa yang berlaku, muka kamu ni. Ada luka-luka, kamu jatuhkah Fiq?” Soal atuknya bimbang akan Fiq.

“ Tiada apa-apalah atuk, jangan risau. Cuma luka kecil sahaja. Atuk, bila boleh mula berlatih gitar ni. Tidak sabar dah Fiq ni, jari rasa hendak memetik aja saat ni.”

“ Kamu ni, sabar-sabarlah dulu. Tunggu sebentar, atuk masuk kedalam nak ambil gitar kamu.”

Atuk meninggalkan Fiq di ruang tamu, gitar violet yang dihadiahi oleh atuk disimpan dirumah atuk. Fiq tidak berani untuk membawanya keluar. Fiq menyenyentuh bibirnya, masih terasa sakitnya cuma kali ini ia semakin reda. Saat dia menyentuh lukanya itu, peristiwa yang berlaku di kolej pagi tadi muncul semula di kotak matanya. Dia cuba melupakannya, dia membentuk semula senyuman di bibirnya.
Atuk tiba lalu menyapa Fiq yang tersengih berkhayal, dia memegang gitar. Fiq terseyum melihat orang tua itu memegang gitar. Atuk menyerahkan gitar itu kepada Fiq.

“ Baiklah cucu atuk, lagu yang atuk beri kamu dah berlatih belum? Cuba kamu petik gitar kamu ikut note itu,” Arah atuknya manja.

Fiq mengangguk. Dia berkata “ Fiq sudah berlatih apa yang atuk ajar tempoh hari, tapi ia mungkin masih belum cukup hebat lagi rasanya.”

“ Tak mengapa, teruskan. Atuk mahu dengar,”

Fiq memulakan tarian jarinya, musik gitar mula terhasil. Ruang rumah tersebut dipenuhi alunan bunyi gitar mainan Fiq. Dia amat tekun mengikut nota-nota lagu yang telah ditulis oleh atuknya sendiri. Bunyi gitar tersebut amat menajubkan, mungkin kerana kualitinya yang amat tinggi dan komersial. Atuk memerhatikan cara permainan Fiq, baginya cucunya amat berbakat kerana mampu mahir dalam hanya beberapa hari.

“ Darahnya memang benar mengalir dalam tubuh kamu. Tidak dapat dinafikan lagi,” Bisik atuknya.

Bunyi gitar berhenti, Fiq mengusap jarinya. Dia lihat atuknya tersenyum, Fiq membalas senyuman orang tua itu.

“ Atuk, bagaimana? Presatasi Fiq ada peningkatan tak?” Soal Fiq.

“ Prestasi kamu sangat baik, kamu ni memang berbakat. Jadi, adakah kamu sudah bersedia untuk festival musik sabtu ini?”

“ Tak tahulah atuk, Fiq terasa sangat berdebar. Pasti ramai penonton pada hari tersebut, Fiq masih tak yakin lagi dengan persembahan Fiq.”

“ Janganlah begitu, atuk akan hadir pada hari itu untuk menyokong kamu.”

“ Betulkah atuk akan hadir, ini dah pasti seronok,” Fiq semakin bersemangat.

Setelah beberapa jam berlatih, Fiq beransur pulang dari rumah atuknya. Jam ketika itu menunnjukkan sudah pukul 4.00 petang. Fiq keluar daripada rumah atuknya, gitarnya ditinggalkan dalam jagaan atuknya. Matahari masih hebat bersinar, cahaya terik menyebabkan Fiq berpeluh. Dia berhenti berehat di pondok bas sementara menunggu bas miliknya. Tidak berapa lama kemudian datang seorang gadis di pondok tersebut, Fiq melihatnya. Dia teringat akan gadis itu, itulah gadis yang ditemuinya malam tadi. Dia mata pasti sekali, tetapi gadis itu seolah-olah tidak mengenalinya. Mungkin kerana dia tidak cam akan wajah Fiq kerana malam gelap ketika itu. Gadis itu terpacak berdiri, mukanya muram semacam.
“ Tunggu siapa cik adik?” Fiq menegurnya.

Gadis itu menjawab. “ Suka hati sayalah tunggu siapa, kenapa awak nak kisah.”

“ Tunggu ayahkah, mungkin dia terlewat akibat tayar pancit,” Fiq cuba mengimbas peristiwa yang berlaku pada malam itu.


Gadis itu terdiam, dia memalingkan wajahnya ke arah Fiq. Ditenunganya Fiq agak lama, dia cuba mengenalpasti Fiq.

“ Kau rupanya, si budak pelik yang merayau malam-malam,” Katanya.

“ Nasib baiklah saya merayau, kalau tidak sudah pasti awak terperangkap seorang diri di situ,” Fiq cuba membela dirinya.

“ Huh, what ever,”Gadis itu berlagak sombong.

“ Hidung tinggi betul perempuan ni, tak reti adap langsung,” Bisik Fiq.

Perbualan yang tidak lama itu terhenti, sebuah kereta Mercedez tiba di hadapan pondok bas. Seorang lelaki berpakaian lengkap beruniform biru memakai topi seakan-akan topi polis keluar lalu membuka pintu kereta di bahagian belakang.

“ Minta maaf cik, saya terlewat sedikit,” Kata lelaki itu dengan kepalanya tertunduk.

“ Ish, apalah kamu ni. Lain kali kalau awak lambat, saya beritahu daddy supaya pecat awak,” tengking gadis itu.
Setelah gadis itu masuk, lelaki itu pun masuk kehadapan lalu beredar daripada pondok bas tersebut. Fiq memerhatikan kereta itu beredar. Baginya, perempuan itu amat menjengkelkan kerana sifatnya yang tidak tahu menghormati orang lain.

“ muka aja cantik, tapi perangai amat meloyakan aku.”

Fiq tertanya-tanya, kenapa manusia suka bersikap sombong. Adakah kerana mereka hebat, atau adakah kerana kekayaan yang tak ternilai. Kekayaan itu baginya hanyalah seperti biskut, mudah hancur dan tidak kekal. Namun kerana biskut itu, manusia sanggup menikam saudara sendiri demi mendapatkannya.

Bas pun tiba, Fiq menaiki bas. Dia mengambil tempat duduk di sebelah belakang sekali, bas kemudian bergerak setelah Fiq membayar tambang bas itu. Pemuda berkulit kuning langsat itu menyandarkan dirinya. Matanya kuyu lesu, Fiq menguap keletihan.

****************

“Dipersilakan Fiq untuk membuat persembahan,” Pengacara menjemput Fiq.

Fiq memulakan persembahan, seluruh dewan terpukau. Musik daripada gitarnya melekat di dalam hati setiap orang. Nama Fiq disorak berulang kali, mereka seolah-olah berseronok mendengar nyanyian Fiq. Cahaya pantulan kamera kelihatan seperti kunang-kunang yang berawangan. Pasti nama Fiq akan melonjak naik, sudah tentu dia akan menjadi seorang penghibur yang terkenal dengan persembahannya itu.
Dalam kemegahan di atas pentas itu keluar satu suara yang tidak dikenali Fiq. Suara itu berkata. “ Dik, dik, bas sudah berhenti. Pakcik mahu pulang.”

Fiq terkeluar daripada alam khayalannya itu, pemandu bas tercegat berdiri ditepinya. Hari pun sudah mulai gelap. Fiq tidak menyangka yang dia telah terlelap, Fiq terdiam tanpa sepatah bicara. Dia cuma mampu tersengih sendirian.

“ Rupanya aku hanya bermimpi, aku harap mimpi yang aku lalui sebentar tadi menjadi kenyataan. Mungkin aku terlalu risau hingga terbawa-bawa di dalam mimpi. Ini dah kira kes berat ni.”

Fiq menggelamun sendirian, dia kemudian beredar keluar dariapada bas yang dinaikinya itu. Mujur bas itu berhenti tidak jauh daripada rumahnya, kalau tidak terpksalah dia berjalan jauh. Dia bergerak menyeberangi jalan. Hatinya masih terasa lucunya peristiwa sebentar tadi. Cahaya matahari mula hilang di kaki langit, bintang mula menyusun kedudukan di dinding langit. Bulan sedikit demi sedikit mucul menggantikan sang matahari yang penat bertugas. Lampu-lampu jalan terpasang, rapi susunanya di bahu-bahu jalan. Kawasan perumahan mulai hilang keriuhannya tatkala kanak-kanak pulang ke rumah masing-masing. Aktiviti-aktiviti di kawasan itu mula surut, lampu-lampu rumah terpasang cerah menghiasi taman itu.

“ Wah, penat sungguh hari ini. Pertama kali dalam hidup aku, hari isninnya amat memenatkan dan penuh dengan konflik. Agaknya bagaimana pula hari-hari seterusnya?”
****************

Fiq tiba di muka pintu rumahnya, dia mengesat keringat yang mengalir turun di pipinya. Dikibasnya pakaian menghilangkan debu-debu yang hinggap di fabrik-fabrik baju dan seluarnya. Dia tidak mahu kotoran dari luar masuk ke dalam syurganya. Tombol pintu dibuka perlahan, pintu tidak terkunci. Sebelum masuk , Fiq meletakkan kasutnya di rak bersebelahan pintu rumahnya. Rumah kelihatan sunyi, mungkin keluarganya sedang makan malam di dapur. Jam menunjukkan sudah pukul 8.00 malam. Rancangan berita harian di televisyen mula dimainkan, tapak kakinya menuju ke kamarnya. Fiq menyalin pakaian di dalam bilik, tanpa berfikir apa-apa dia lalu merebahkan tubuhnya di atas katil.

“ Owh dunia, selamat malam.”

Bab 3


Fiq menggeliat, dia membetulkan urat-urat yang telah berpusing dalam tidurnya. Sepasang mata terbeliak lega, muka yang penuh coreng disapunya dengan kedua-dua belah tangan. Fiq duduk beradapan tingkap. Hari ini dia bangun awal dari semalam. Pemuda itu bersiap untuk ke kolej.

“ aku harap hari ni, tak ada apa-apa jadilah.”

Fiq tiba di kolej dan disambut oleh Boy di hadapan pagar masuk. Boy menyapanya sekuat hati, semua yang berada di situ merasa pelik dengan Boy.

“ Boy, tak payahlah nak menjerit, aku bukannya jauh pun dari kau,” Kata Fi tersipu-sipu menutup keaiban temannya itu.

“ Entahlah Fiq, aku rasa macam seronok pula hari ni. Kau tahu tak, hari ini budak-budak semua dah setat berlatih dalam dewan untuk karnival Sabtu ni. Maknanya, muali hari ini. No belajar, no books and no pensyarah,” Boy ketawa keriangan.

Fiq mencebek temannya itu. Seperti tahun-tahun lepas, apabila tempoh untuk festival itu semakin dekat. Masing-masing akan sibuk dengan persembahan dan kerja-kerja yang ditugaskan. Semestinya aka akan ada ramai peserta yang sibuk berlatih merata-rata dalam kawasan kolej itu. Bunyi alatan music akan bergema menghidupakan suasana kolej tersebut. Dentuman drum diselang-seli dengan pelbagai jenis gitar yang terpetik. Kaki-kaki dan tangan akan berdansa setiap masa. Suasana gamat tetapi seronok saat itu amatlah rugi sekiranya tidak disertai.

“ Lupa pula aku, Boy lagipun kita tahun lepas manalah berseronok sangat. Sudah tentu Professor Mail dah tetapkan tugas kita untuk jaga kelas.”
Fiq mengimbau peristiwa yang menghantuinya tahun lepas, dia dan Boy telah diarahkan untuk menjaga kelas supaya pelajar tidak bertindak di luar jangkaan. Tetapi apa yang telah terjadi masa itu adalah sebalik daripada apa yang mereka berdua fikirkan. Seluruh kelas berpakat untuk mengenakan Fiq dan Boy semula. Minggu tersebut umpama berjalan di lorong gelap, sentiasa dalam kerisauan.

Boy menepuk bahu Fiq, dia tertawa akan Fiq yang sudah jauh hanyut.

“ sudahlah tu Fiq, kau teringatkan tahun lepas ke. Kau dah lupa ke, tahun ni berbeza punya dari tahun lepas.”

“ Berbeza, apa yang berbezanya?” Soal Fiq kekeliruan.

“ Tahun ini berbeza sebab kau pun akan beraksi di atas pentas,” Jawab Boy.

Fiq tersenyum, dia hampir terlupa bahawa dirinya turut mengambil bahagian dalam acara itu.

“ Aku tak sabar lagi nak tunggu kau beraksilah Fiq, kau kena buktikan yang kau ni sebenarnya amat berbakat. Aku akan support kau dari belakang. Kau jangan risau, setakat ni, ada tak perkara yang akau boleh bantu kau.”

“ Terima kasih Boy sebab sudi nak tolong aku, setakat ni. Belum ada lagilah.”

Sambil berborak mereka berjalan menuju ke kelas, perbualan mereka menjadi lebih rancak. Boy ingin benar tahu persembahan apa yang Fiq akan lakukan. Dia cuba memujuk Fiq supaya memberitahunya, namun Fiq enggan mendedahkannya dengan alasan hendak membuat surprise.

Bunyi riuh rendah tidak henti-henti bersambung, kedengaran beberapa band sedang beraksi di taman, ada yang berlatih menari, para pelajar yang mengambil bahagian untuk persembahan teater juga sedang sibuk berkumpul untuk latihan. Lorong-lorong ke kelas dibanjiri dengan pelajar-pelajar yang sibuk membetulkan persembahan mereka.

Dalam keriuahan itu, Fiq ternampak Linda bersama-sama temannya sibuk berlatih. Fiq suka benar melihat gelagat Linda yang sungguh ayu itu. Dia tertanya-tanya, apakah persembahan yang akan dipertontonkan oleh Linda. Boy juga terlihat Linda yang sedang berlatih, dia melihat Fiq yang tida terkelip matanya melihat aksi Linda.

Dengan Pantas Boy menyapa. “ Hoi Fiq, jangan tengok lama-lamalah. Nanti dia perasan pulak, aku tengok Linda yang hebat tu pun sibuk berlatih. Sebaliknya kau kekal tenang, aku suka dengan gaya kau tapi ia membuatkan aku risau.”

“ Boy, kau janganlah risau. Aku dah rancang semua dari awal, Boy kau agak-agaklahkan. Linda akan buat persembahan apa agaknya tahun ini?” Tanya fiq.
“ Linda, rasanaya aku ada dengar daripada budak Zana tu semalam. Dia kata Linda akan buat persembahan teater musikal,” Jawab Boy.

“ Teater musikal, bunyi macam menarik aja. Baguslah kau, cekap bab-bab cari maklumat ni, apa lag yang kau tahu?” Soal Fiq lagi.

Boy mengimbas ingatannnya.

“ Ha, baru aku ingat. Linda akan buat persembah mengenai kisah cinta ala-ala Romieo dan Juliet. Linda akan jadi Julietnya kalau tak silap aku.”

“ Owh, agaknya siapalah akan jadi Romieonya,” Fiq mula berangan.

“ Sudah,sudahlah tu. Tak habis-habis berangan kau ni.”


Mereka berdua masuk di dalam kelas. Nampaknya kelas kosong, tiada seorang pun yang berada di dalam. Fiq agak terkejut, adakah satu kelas ini telah menyertai persembahan carnival itu? Ataupun ada yang menumpang kaki untuk mengambil kesempatan. Biasalah, remaja zaman sekarang amat hebat kalau mencari kesempatan. Boy menutup pintu, hari ini Iskandar pasti tidak masuk ke kelas. Itu bermakna mereka berada di zon selamat. Boy sempat menyanyi di dalam kelas,betapa gembiranya dia pada hari itu. Fiq mengeluarkan buku yang dijadikan nota untuk persembahannya, dia mencatat beberapa ilham yang datang sewaktu berjalan ke sini. Boy pula ketika itu sibuk berjalan keliling kelas mencari sumber-sumber maklumat atau padanya gossip dan berita mengenai pelajar-pelajar di dalam kelas. Seperti kebiasaan bagi Boy, dia amat hebat dalam bab-bab mengorek rahsia orang lain. Tetapi hebat-hebat Boy dia masih gagal untuk mengorek rahsia Fiq.

“ Fiq, kau dengar ni. Kau tahu tak Iskandar tu sebenarnya rabun jauh,” Boy bersuara.

“ Merepek apa kau ni Boy, mana kau tahu?” Soal Fiq.

“ Ni, dalam laporan kesihatannya ni,” Jawab Boy sementara tangannya memegang laporan kesihatan Iskandar.


“ Habis tu,kalau dia rabun apa kena mengena dengan kau Boy?” Kata Fiq.

“ Ini maklumat menarik, nanti boleh aku kenakan dia,” Tawa Boy seperti mendapat ilham yang nakal.

“ Boy, dia tu rabun. Bukan butalah.” Ujar Fiq.

“Boy, kau tak habis-habis dengan kerja kau ni, baik kau berhenti belajar kerja jadi wartawan. Lagi bagus,” Usik Fiq lagi.

“ Aku bukan menyibuk pasal hal mereka ni. Cuma aku sebagai kawan prihatin tahu.” Boy menjawab.

Fiq mendiamkan diri, buang karan kalau dilayan si Boy ni.

“ Fiq ada lagi menarik,” Jerit Boy.

“ apa lagi kau ni Boy. Siapa pula kali ini yang kau geledah?”

“ Linda,” Jawab Boy pantas.

Fiq berpaling ke arah Boy, dia seperti geram dengan Boy.

“ Boy, apa kau buat dekat meja Linda tu?”

“ Aku jumpa sesuatu yang menarik,” Kata Boy.

Fiq seperti berminat.

“ Apa yang menarik Boy?”

“Aku jumpa diari Linda,” Kata Boy.

“ Boy, kalau diari baik kau letak balik. Tak elok kau baca diari orang,” Tegas Fiq.

“ Fiq, dalam diari ini ada nama kau.”

Fiq bangkit lalu berjalan ke tempat Linda, dia mengambil diari Linda daripada Boy. Amatlah tidak enak sekiranya kita membaca diari orang lain. Fiq tahu yang dia sedang melakukan kesalahan kerana membaca diari itu. Namun hatinya ingin benar tahu mengapa namanya ada di dalam coretan Linda.

Fiq membaca helaian yang terdapat namanya.

Aku rasa bersalah pada Fiq, kerana fail aku. Dia terlibat dengan pergaduhan, Iskandar pun satu. Terus menyerang Fiq. Kalau boleh aku nak jumpa Fiq minta maaf tentang peristiwa tu.


Wajah Fiq menjadi pelik, dia perasan yang ia ditulis semalam. Fiq tidak bernani untuk membuat sebarang spekulasi. Nampaknya linda sudah tahu tentang semalam.

“ Patutlah kau lemah aja semalam, rupanya Iskandar kacau kau awal pagi semalam. Ni yang buat aku bengang ni, Fiq jom jumpa Professor Mail. Kita ceritakan pada dia,” Tegas Boy bersemangat mahu membela kawannya itu.

“ Tak perlulah nak buat semua tu, benda dah jadi Boy. Aku malas nak tambah lagi masalah,” Balas Fiq menenangkan kawannya.

Angin secara tiba-tiba bertiup masuk dari celah tingkap. Tiupan angin menyebabkan diari Linda terselak dengan sendirinya. Fiq membaca helaian yang terselak itu.

Aku rasa lemah dengan perembahan aku kali ini, aku risau sangat-sangat. Kenapalah aku tak rasa yang Andy bukan watak yang sesuai untuk memegang watak putera dalam teater ni padahal Andy adalah lelaki yang paling sesuai pada pendapat semua orang, tetapi mengapa bukan pada aku. Aku harap sangat aku dapat suaikan diri. Kalau tidak rosak persembahan ini, semua mengharapkan yang terbaik. Aku mesti cuba.

Fiq terdiam, dia meletakkan semula diari itu di bawah meja Linda. Dia pasti Linda sekarang sedang mengalami kesukaran dalam memegang babaknya sebagai seorang puteri. Tetapi apakan daya bagi Fiq, dia ingin benar membantu Linda tetapi ruang dan masa tidak membenarkannya. Dia terpaksa melupuskan niatnya untuk membantu kerana teman-teman Linda yang lain pasti tidak suka jika dia mendekati Linda.

*********************

Beberapa hari berlalu semenjak Fiq membaca diari Linda. Tarikh keramat mula menjadi lebih hampir. Fiq berjalan seorang diri menuju ke perpustakaan di kolejnya, dia mula menaiki anak-anak tangga, satu persatu dinaikinya. Perpustakaan terlentak di tingkat 3, seperti kelaziman Fiq akan ke sana untuk membuat penyelidikan. Kali ini dia datang dengan niat untuk mencari maklumat tentang bagaimana untuk membuat persembahan yang cemerlang. Dia tidak pasti samada terdapat buku seperti itu. Tapi apa salahnya mencuba untuk mencari buku itu.

Fiq masuk ke dalam sambil memegang nota kecilnya untuk mencatat sebarang maklumat yang berkaitan. Kebetulan pada masa itu Linda sedang berada di dalam perpustakaan itu. Fiq terlihat Linda yang sedang khusuk membaca sebuah buku. Dia membaca tajuk buku tersebut, di kulit buku itu tertulis. ‘ Puteri Negara Angin’ . Mungkin itulah idea asal persembahan Linda. Fiq perlahan menyusup ke belakang takut-takut Linda terperasan akan kehadirannya. Telah ditakdirkan pada ketika itu sememangnya nasib tidak menyebelahinya, kakinya tersadung tanpa sebab. Fiq tersungkur jatuh bagai nangka busuk umpamanya. Seluruh pelajar dan guru yang berada di dalam perpustakaan itu terkejut dengan malang yang menimpa Fiq.

Fiq dengan pantasnya bangun. Dia dengan automatiknya berkata “ Ok, saya ok je. Tengok, no wounds…..”

Eksperesi wajah yang berada di situ seperti menahan sebuah lawak jenaka yang sangat lucu. Kerut-kerut di muka mereka tidak terkecuali Linda kelihatan akibat menahan gelak.

“ Nasib baik, tak ada yang gelak,” Fiq membuat andaian walaupun dia tahu yang mereka sedang menahan tawa mereka.

Akal yang waras Fiq bertindak mengarahkan kakinya untuk serta-merta beredar daripada situ. Fiq kekal tenang sambil sempat melempar beberapa butir senyum sebagai tindakbalas terhadap reaksi yang mereka tunjukkan. Pasti kejadian itu menjadi berita sensasi dan panas di buah mulut kolej.

“ Hah, aku lepas pun daripada sana. Kaki oh kaki, kenapalah kau tersadung dalam tu. Kalau tersadung atas tilam yang empuk lagi lembutkan elok. Ini karpet kasar yang dah beberapa tahun tak basuh dengan para penonton yang terpaksa tahan gelak. Linda pun ada sekali tadi, mana aku nak letak muka aku yang tak berapa nak hensem ni.”

Fiq mengetuk-ngetuk buku di tangannya pada seluarnya. Dia cuba melarikan diri sebentar menenangkan dirinya di belakang kolej. Secara umumnya belakang kolej itu merupakan tempat diskusi bagi pelajar-pelajar yang lebih diketahui sebagai gangster atau dalam bahasa molek, pelajar yang tidak jahat tetapi nakal. Maka bagi seorang yang seperti Fiq datang ke kawasan sebegitu adalah satu kepelikan yang nyata. Namun oleh kerana akalnya mahu menyembunyikan tubuhnya buat sementara supaya dia tidak dijadikan bahan tawa kawasan itulah yang menjadi rujukan. Ketika itu dia sedang membawa diri, seorang lelaki yang kelihatan seperti bercakap seorangan sedang sibuk membuatkan dirinya Nampak seperti orang yang gila akal pada pandangan pertama.

Fiq cuba berfikiran optimis dan bersangka baik terhadap orang yang jantinanya lelaki tulen. Ternyata dia masih waras dan mampu membezakan yang mana baik dan buruk. Nampaknya dia sedang sibuk berlatih untuk acara pada karnival yang akan berkangsung tidak lama lagi.

“ Hai, macam sibuk aja?” Soal Fiq.
“ TIdaklah sibuk sangat, adalah sikit-sikit,”
“ Awak tak risau ke, kalau-kalau budak-budak otai tu dating ke sini?” Soal Fiq lagi.
“ Nak risau apa, besar mana kabel dia. Aku dah sewa tempat ini awal-awal. Tak payah nak risau dengan diorang tu,” Lelaki itu berkata dengan penuh yakin.

“ Owh, begitu….”

“ Nama saya Fiq.”
“ Saya Andy,” lelaki itu menjawab.
Fiq mengimbas kembali, dia seperti pernah mendengar nama itu sebelum ini. Tapi otaknya masih belum berfungsi sepenuhnya.

“ Awak sama kelas dengan Linda kan?” Soal Andy.
“ Macam mana awak tahu,” Tanya Fiq.
“ Hari itu saya ada Nampak awak keluar daripada kelas Linda,” Kata Andy.

Fiq teringat sesuatu. Andy ialah nama yang tercatat di dalam diari Linda yang juga merangkap pelakon utama dalam teater musical yang akan dipersembahkan oleh Linda. Sememangnya Linda pandai memillih watak yang sesuai, dari karakternya Andy memang paling sesuai menjadi seorang putera berbanding lelaki-lelaki yang lain berada di kolej. Fiq mendiamkan rahsia itu, dia terus dan terus berborak dengan Andy. Fiq juga membantu Andy dalam lakonan dan nyanyiannya. Hampir 3 jam mereka berada di situ, Fiq sempat melihat skrip yang sedang dilatih oleh Andy. Ia kelihatan agak mudah serta tidak terlalu membosankan.
“ Andy, aku rasa dah lama kita ada dekat sini. Kau tak takut ke kalau-kalau budak-budak tu datang?” Soal Fiq yang mula cemas.
“ Fiq, kan aku dah kata kat kau. Besar mana sangat mereka tu. Beranilah budak-budak tu nak tunjuk muka,” Katal Andy berlagak kuat.

Dalam Andy memperagakan kekuatannya di hadapan Fiq yang sedang risau, satu suara menyampuk. “ Owh berani kau kata macam tu ya.”

Kemudian keluar beberapa orang lelaki dari lorong berhampiran. Rupa-rupanya golongon itulah yang diketogorikan sebagai gangster. Tanpa segenap bicara, Fiq dan Andy mengatur langkah meninggalkan mereka. Pantas benar mereka berlari daripada situ.
**********************************
Lampu bilik dibuka, Fiq merenggangkan urat-uratnya untuk tidur. Dia mengibas cadar tilamnya seperti kebiasaan. Cadar biru dengan corak-corak ikan menceriakan suasana biliknya. Dia menutup tingkap yang terbuka luas, meskipun telah tertutup namun masih ada lagi angin-angin yang masuk di celahan tingkap. Fiq membaringakan badannya di atds tilam, saat itu hanya tidur yang bertahkta di kalbunya. Otaknya menghantar isyarat agar dua kelopak matanya ditutup. Otaknnya juga telah tersilap kerana terhantar isyarat memori mengenai apa yang dillalui Fiq siang tadi. Dia mula teringat, tetapi apa yang kekal dalam kotak memorinya ialah kisah mengenai ‘Puteri Negara Angin’ Yang bakal dilakonkan oleh Andy sebagai putera.
“ Fiq, untuk pengetahuan kau, kisah ini adalah mengenai seoarang puteri di sebuah Negara yang dipanggil Negara Angin oleh sebab Negara itu berangin setiap masa. Di Negara itu terdapat seorang puteri yang ingin mencari cinta sejati. Dia menunggu cintanya setiap masa untuk seorang putera yang berani. Setiap hari dia berdoa pada sang angina agar tiupkan cintanya itu kepada putera idamannya. Suatu hari angina telah menerbangkan doa puteri tersebut. Bisikan suara itu telah didengari oleh seorang putera. Dia kemudian datang kepada puteri untuk menyahut doa puteri tesbut. Lebih kurang begitulah ceritanya, kau jangan cerita pada orang lain pula. Ini rahsia tahu.”

Bayangan Andy mulai hilang, pentas mimpi mula bersilih ganti.

“ Selamat malam, semua”

BAB 3

Dewan untuk festival musik dipenuhi ahli jawatankuasa yang sedang sibuk menyiapkan serba-serbi persiapan untuk malam gilang gemilang itu. Setiap sudut dan ruang dipenuhi hiasan yang kreatif dan elegan serta mempunyai berencam ciri yang bersangkut-pau tdengan musik. Susun atur bunga-bungaan di sekeliling pentas menambahkan lagi keceriaan yang terpahat di pentas persembahan. Rekabentuk pentas pada kali ini membawa nafas baru kerana keunikan bentuknya yang amat menarik. Posisi lampu tersuluh gah di kedudukan yang tersendiri. Pasti kal ini sebuah kelainan bakal tercetus dalam konteks senibina pentas dan dewan serta begitu juga ahli-ahli yang bakal menunjukkan belang masing-masing.

Fiq juga tidak terkecuali meminjamkan tukang empat keratnya untuk membantu teman-teman yang sedang sibuk dengan tugas masing-masing. Boy bersama Fiq ditugaskan untuk membersihkan bilik persalinan pakaian di belakang pentas. Cuma mereka berdua yang mengemas kerana bilik itu ruangnya tidak berapa besar dan hanya cukup dua tenaga yang menguruskannya. Habuk-habuk yang berada di atas meja solek dikibas Boy sebersih mungkin, boleh dikatakan agak tebal habuk-habuk yang telah melekat di permukaan perabot yang berada di situ. Bilik tersebut amat jarang digunakan, cuma pada majlis-majlis yang memerlukan penggantian pakaian dan seumpamanya yang menggunakan bilik itu. Selainnya hanyalah menjadi tempat habuk bertandang.

“ Boy, hidung aku tersumbatlah pulak dengan habuk-habuk ni. Kau ok ke tak?” Soal Fiq.
“ Aku ok aja, hidung aku ni lebih kurang cam air purifier taw,” Boy melawak.

“ Ah banyaklah kau punya cakap. Boy, baju apa yang tergantung dekat belakang almari tu,” Tanya Fiq sambil menuning jari kearah sepasang baju yang telah digantung di belakang almari solek.

“Owh, yang itu ya. Itu kostum lakonan ‘Phantom of the Opera’. 5 tahun lepas diorang ada buat lakonan waktu festival musikal ni. Kalau kau nak tahukan, budak-budak senior dalam kolej ni kata. Kostum ni berhantu kau tahu, ada orang pernah Nampak kostum ni terbang dekat keliling kolej.”

“ Kau ni Boy, merepek aja lah. Tapi kostum ni Nampak macam menarikkan.”

“ pelik betullah kau ni Fiq. Suka hati kaulah,” Kata Boy.

Seorang lelaki masuk ke dalam berpakaian baju kemeja putih bersama tali leher merah. Tangannya memegang kertas-kertas lama. Dia ialah Professor Shah, pensyarah di kolej itu yang juga merangkap jawatankuasa penting dalam perlaksanaan program ini. Matanya memeriksa bilik tersebut. Dia mengangguk seperti gembira.

“ Bagus, kamu berdua telah lakukan kerja dengan baik. Sememangnya bagus,teruskan mengemas dan pastikan tiada baying-bayang habuk pun. Mesti ingat, kebersihan adalah yang terpenting,” Kata lelaki yang agak tegas apabila bercakap soal kebersihan.

Dia lalu beredar daripada situ. Kedatangan mengejut Professor Shah itu membuatkan mereka tidak terucap sepatah pun. Kedua-dua pelajar itu menoleh kearah masing-masing.

“ Terkejut aku tadi, tiba-tiba masuk prof ni. Kita tengah sibuk cerita pasal hantu, dia pula datang,” Kata Boy.

“ Itulah kau Boy, sibuk sangat dengan hantu kau.”

Dalam kesunyian itu, pintu almari berbunyi seperti angin yang meniup. Baju yang hitam yang seperti jubah itu berhayun. Kedua-dua anak mata Fiq dan Boy menjeling kearah baju yang berayun itu. Hati mereka berpendapat benda yang sama. Tanpa ragu-ragu Boy memecut keluar diikuti dengan Fiq.

“ Memang sah bilik tu ada momok, aku da bilang awal-awal kau tak nak percaya. Fiq, entah-entah bende tu da ikut kita. Macam mana ni, aku takut.”

“ Ah kau, merepek aja. Tutup mulut kau, jangan nak cakap yang bukan-bukan. Kau ni buat takut aku aja.”

Boy tersengih.

Setelah selesai menyiapkan kerja-kerja mereka, Boy dan FIq turun ke café yang terletak berhampiran taman utama kolej. Setibanya mereka berdua di sana mereka terseremoak dengan Andy yang sedang menikmati nasi lemaknya di salah sebuah meja.
Fiq menegur. “ Andy, awal kau sampai di sini. Mana pasukan latihan kau?”

“ FIq, ingatkan siapa tadi. Aku seorang saja, yang lain sedang menyiapkan kostum. Aku lari daripada mereka kerana perut ni meragam benar. Lapar rasanya.”

“ Andy, budak yang akan menjadi hero dalam teater yang diarakan Linda tu ya. Selamat berkenalan, saya Boy…panggil aja Boy,” Boy terus menyampuk sebaik sahaja mendengar nama Andy.

Fiq tersipu senyum melihat gaya Boy.

Mereka bertiga menjamu selera bersama, dalam menikmati sarapan yang enak itu. Seperti biasa, Iskandar bersama teman-temannya datang ke meja Fiq. Is menghampiri Fiq.

“ Fiq, aku dengar kau akan ambil bahagian juga dalam carnival tu ya. Degil benar kau ni. Andy, kenapa kau lepak dengan budak lembik ni. Buang masa kau aja.”

“ Is, tolong jangan kacau mereka buat masa ni. Aku tengah makan bersama mereka ni,” Kata Andy.

“ Andy, kau nak pertahankan budak berdua ni. Kau tahu tak Fiq ni nak sabotaj kau supaya kau tak dapat nak buat persembahan nanti,” Is mengapi-apikan suasana.

Fiq kekal tenang. Air mukanya masih kelihatan teguh sementara Boy sudah mula berasap. Iskandar semakin panas kerana rancangannya untuk mengganggu Fiq tergendala dengan adanya Andy.

“ Hei Fiq, jangan ingat kau lepak dengan Andy aku tak boleh nak pukul kau,” Nada Iskandar mula mengeras.

Andy bangkit dari kerusinya. “ Aku cakap jangan kacau, jangan kacaulah!”
Semua terdiam mendengar jeritan Andy, Iskandar menggenggam penumbuknya. Kalau ikutkan hatinya saat itu, dia ingin sekali memukul Andy. Tapi jika dia buat begitu, pasti Linda akan marah kerana mencederakan pelakonnya. Iskandar beralah dengan penuh rasa marah. Dia lalu beredar daripada café tersebut.
Andy yang tiba-tiba menjadi marah sebentar tadi duduk semula. Mukanya kelihatan resah semacam. Dia mengusap dadanya seperti menahan kesakitan, Fiq menghulurkan air pada Andy.

“ Andy, kenapa dengan kau ni, kau sakit Andy?”

“ Tiada apa-apalah Fiq, aku ok aja.”

“ Tak guna punya Is, kalau aku dapat dia. Pasti akan aku cincang dia sampai lumat,”Kata Boy berlagak berani.

Setelah penat seharian di kolej, Fiq pun pulang. Fiq tidak terus pulang ke rumah sebaliknya dia pergi untuk menjenguk atuk dan gitar yang dismpan di rumah atuk. Dia berbual panjang dengan atuknya mengenai persiapan untuk malam esok.

“ Atuk, atuk pasti datang malam esokkan?” Soal Fiq.
“ Mestilah, atuk pergi.”
“ Fiq masih ragu-ragulah atuk. Rasa macam ada sesuatu yang berbeza. Seperti malam esok merupakan malam yang amat istimewa yang akan memberi kejutan dalam hidup ini.”
“ Atuk pasti, malam esok. Malam itu akan menjadi sejarah yang kamu tidak akan kamu lupa.”
“ Atuk, Fiq akan buat persembahan guna gitar ni ya.”

Atuk terdiam. Dia merenung Fiq.

“ Boleh, tapi kamu mesti berjanji pada atuk yang kamu akan jaga gitar ini sperti kamu melindungi emas yang banyak.”

Fiq mengagguk kata-kata atuknya walaupun ia berbunyi agak pelik.

“ Baiklah atuk, Fiq akan cuba. Fiq akan buat kejutan pada malam itu nanti.”

“Macam itulah cucu atuk.”

Tuk..tuk…tuk…

“ siapa yang mengetuk pintu itu agaknya?” Kata atuk.
“ taka pa tuk, biar Fiq pergi tengok.”

Fiq pergi membuka pintu. Dia membuka selak pintu itu, dia tertanya-tanya siapakah yang datang. Pintu dibuka, seorang lelaki yang tidak asing bagi Fiq yang amat dia kenali sedangj berdiri di hadapannya.

“ Ayah, apa ayah buat dekat sini?”

Rupanya lelaki yang berdiri itu adalah ayah Fiq, mukanya kelihatan bengis. Atuk kemudian muncul disebelah Fiq yang sedang tercegat di depan pintu. Ayah menarik tangan Fiq.

“fiq, apa kamu buat di sini. Ayah sudah bagi amaran supaya kamu jangan datang ke sini lagi. Tapi kenapa kamu degil!.”

“ Fiq Cuma singgah sebentar untuk bertemu dengan atuk. Fiq nak beritahu atuk yang Fiq akan buat persembahan pada malam esok. Itu sahaja ayah,” Kata Fiq cube menenangkan ayahnya.

“ Sham, apa yang Fiq cakap tu memang benar. Janganlah kamu marah pada dia,” Kata atuk.

Ayah mengunci mulutnya, matanya merenung tajam orang tua itu seperti ada dendam yang terselit di celahan hatinya yang belum dilepaskan. Ayah menarik tangan Fiq lalu membawanya pulang ke rumah.

“ Buat masa ini aku terpaksa akur dengan setiap peristiwa, tapi bukan untuk selamanya kisah ini berlarutan. Akanku kait semula tali yang telah terputus antara ayah dan atuk walau ia meminta aku untuk menggunakan habuk dan tanah sekalipun.”

Raut wajah atuk yang jelas terpampang kesedihan menimbulkan rasa bersalah terhadap diri Fiq. Tapi sebagai seorang anak dia harus akur dengan sikap bapanya itu. Ayah menghidupkan enjin kereta lalu beredar daripada rumah tersebut.

“ Fiq, kamu mahu ayah cakap bagaimana lagi. Ayah tidak suka kamu datang bertemu atuk. Sudah berapa kali ayah bilang, kamu jangan buat ayah marah.”

“ Ayah, apa salahhnya seorang cucu datang bertemu atuknya untuk meminta restu supaya mendoakan cucunya.”

“ walaupun apa yang kamu cuba cakap, tetap ayah tidak mahu kamu berjumpa dengan orang tua itu.”

“ Ayah, saya sudah lama menyimpan perasaan ini. Hari ini biarlah ayah tahu, jangan kerana dendam ayah itu mencipta tembok diantara Fiq dan atuk. Adakah ayah mahu sekiranya perkara seperti itu berlaku pada ayah.”

Ayah terdiam, dia terus memecut deras apabila mendengar kata-kata Fiq, dalam hatinya tersimpan kemarahan yang mendalam. Dia tetap tidak mahu mengalah dengan alasan anaknya itu.

Setelah tiba dirumah, Fiq bermuram sahaja. Mukanya seperti hilang semangat setelah apa yang berlaku. Dia hanya duduk di atas tilam mengadap ke tingkap, kipas berpusing perlahan.

“ Fiq, kamu ada masalah?” Mama menyapanya.
“ Mama, tak ada apa-apa pun,” Jawab Fiq.

“ Tapi mengapa mama tengok Fiq macam muram aja.”

Atas desakan mamanya Fiq meluahkan kedukaan yang tergantung dihatinya.

“ Mama, cuba beritahu Fiq. Kenapa ayah tak suka Fiq berada di rumah atuk, kenapa dia tak mahu Fiq bertemu atuk?”

“ Fiq, kadang-kadang ada soalan yang kita tak dapat menemui jawapannya walaupun kita dah berusaha. Ia bergantung pada jawapan itu sendiri itu datang kepada kamu. Sebenarnya hidup kamu sekarang adalah dari luar jangkaan kamu, mama mahu kamu bersedia untuk perkara-perkara yang bakal kamu tempuhi.”

“Baiklah kalau macam tu, Fiq akan persiapkan diri Fiq untuk jawapan itu muncul.”

“ Fiq, pergilah berehat. Esok malam kamu ada tugas besar. Buat mama bangga tahu.”

Mama menutup pintu bilik Fiq, dia berjalan menuruni anak tangga.

“ agaknya masa yang dinanti telah tiba.”


***********************************

Akhirnya saat yang dinanti telah pun tiba, karnival musikal akan berlangsung dalam beberapa jam sahaja lagi. Setiap mereka yang mengambil bahagian sedang bersiap sedia untuk membuat persiapan terakhir bagi persembahan mereka tidak terkecuali Fiq. Kali ini gitar violetnya dibawa bagi tujuan persembahannya nanti, gitar itu disimpan di dalam beg yang telah disediakan khas. Dia amat berharap persembahannya itu akan berjalan dengan lancar, dia menaruh harapan yang sangat tinggi. Ini adalah persembahan pertamanya. Dalam dia sibuk dengan persiapannya, satu bau yang amat wangi menusup ke hidungnya. Bau itu seperti telah menambat hatinya. Fiq menghidu dari mana datangnya bau tersebut, dia mula berjalan. Bau itu semakin kuat, ia datang dari belakang taman. Angin yang bertiup pada ketika itu menyebarkan bau yang wangi itu ke sekeliling taman. Dia ingin tahu siapa yang memakai wangian itu. Dia tahu mana datangnya bau tersebut, ia datang daripada Linda.

“ Bau itu amat padan dengan tuannya. Cantiknya dia, seperti lampu-lampu yang menghiasi taman ini. Penuh cahaya dan ketenangan, jika mereka kata bidadari itu cantik, maka aku telah menemuinya. Bidadari itu,” Bisik Fiq di sebalik sebatang pohon mengintai Linda yang sedang berlatih buat terakhir kalinya.

“ Alangkah bagusnya saat ini aku dapat cakap dengannya, walau sepatah pun.”
Bunyi cengkerik malam sambung menyambung dengan kehadiran unggas-unggas yang sibuk bermain di lampu-lampu. Fiq melupakan hasratnya itu berbicara dengan bidadrinya itu. Dia beredar meninggalkan Linda yang sedang berlatih di taman itu. Masa pantas berlalu, Fiq semakin resah. Dia pasti akan ada beratus orang akan hadir untuk persembahan itu nanti. Tangannya berpeluh sedikit, saat itu bagai dilanda pukulan ombak yang membawa kegugupan yang tidak tergambar. Hatinya berdenyut pantas membilang detik, perkara ini pasti berlaku untuk Fiq kerana ini adalah pertama kali dia akan membuat persembahan.

Orang ramai mulai memenuhi dewan, setiap tahun acara seperti ini akan diadakan bagi mencari bakat baru, setiap tahun ia akan dihadiri oleh ramai penggiat seni yang ingin melamar bakat-bakat baru. Tidak terkecuali juga terdapat orang-orang besar hadir bagi menyerikan majlis. Masing-masing mengambil tempat duduk, acara bakal bermula.

“ Tuan-tuan dan puan-puan, selamat datang ke malam festival musik yang dianjurkan oleh kolej ini. Pada malam ini, seperti biasa pelajar-pelajar kolej akan menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang musik. Adakah anda sudah bersedia untuk dihiburkan?” Kata pengacar majlis.
“ Dah mula, kenapa kaki aku tak henti-henti bergetar ni. Takutnya,” Fiq terdengar suara pengacara majlis.

Fiq mendapat undian yang ketiga terakhir. Terdapat 15 persembahan, Fiq mendapat undian yang ke-13 sementara kumpulan Linda mendapat undian terakhir.

“ Tenang Fiq, tenang…kau lambat lagi,” Boy menyapu belakang Fiq.\\

“ Aku tengah bertenanglah ni Boy, kau tak nampak ke?”

“ Ya, aku tak nampak. Apa yang aku nampak kaki kau tengah menggigil.”

“Boy, aku takut. Badan aku tiba-tiba jadi seram sejuk. Macam mana ni?” Fiq bertambah resah.

“ Aku pun tak tahu nak tolong kau macam mana. Bukan kau pandai ke bab-bab tenangkan diri ni,” Perli Boy.

“ Ada-ada saja kau ni.”

“ Ok, Fiq. Mahu atau tak mahu, kau mesti naik atas pentas dan buktikan pada mereka yang kau boleh lakukan. Jangan bersikap macam budak-budak lagi,” Fiq cuba menyuapkan semangat pada dirinya.

“ Dipersilakan persembahan pertama pada malam ini,” Pengacara majlis menjemput persembahan pertama pada malam itu.

Persembahan pertama pada karnival musikal tahun itu bermula, debaran di dada Fiq semakin terasa. Dia cuba melawan rasa takutnya itu, dia pergi duduk menenangkan diri di belakang pentas.

“ Apapun yang berlaku, aku amat bersyukur dapat sampai ke tahap ini. Baik dan buruk dalam kehidupan itu adalah guru kepada kita. Terima segalanya dengan hati yang terbuka walaupun ia pahit.”

Fiq bangkit dari duduknya, dia tahu akan tiba gilirannya tidak lama lagi. Fiq masuk ke dalam bilik persalinan. Fiq memperkemaskan dirinya dihadapan cermin, dia ternampak baju hitam seperti jubah yang tergantung di almari melalui pantulan cermin. Dia menghiraukan pakaiian tersebut, fokus utamanya adalah pada persembahannya selepas ini. Dia merenung mukanya di cermin.

“ Seterusnya, peserta solo yang mendapat undian ke-13 naik ke pentas untuk melakukan persembahan,” Kata pengacara majlis.


“ Masanya telah tiba, harap-harap tiada apa-apa yang buruk akan berlaku.”

Fiq mengambil gitarnya, dia membuka zip beg gitarnya. Saat itu satu pukulan yang perasaan hinggap di hatinya. Dia berasa kurang enak untuk menggunakan gitar violetnya.

“ Gitar ni, kenapa aku rasa was-was nak gunakannya.”

Fiq meletakkan gitarnya di sebelah almari bersebelahan kostum hitam yang tergantung itu. Dia mengambil keputusan untuk menggunakan gitar yang lain, gitar akustik biasa. Perasaannya menjadi kurang selesa untuk menggunakan gitar violetnya.

Fiq keluar dari belakang pentas, tanganya memegang gitar. Kilauan cahaya memancar ke wajahnya, pertama kali dia menjejakkan kaki di pentas itu. Penonton bersorak memberi isyarat. Fiq melihat sebuah dewan yang dipenuhi ratusan orang. Mereka semua memndang Fiq. Dia menggapai kerusi, persembahan Fiq adalah nyanyian solo berbentuk akustika. Dia agak menggelatar, dari jauh tidak kelihatan getarnya tetapi dari dekat ia jelas kelihatan. Fiq membetulkan mikrofon, dia mengambil kedudukan yang sempurna. Penonton ternanti-nanti, Fiq mula memetik gitar. Petikan gitar itu betgema seluruh dewan.

Pap!

Bunyi seperti sesuatu telah tercabut,bunyi gitar tidak kedengaran. Wayar mikrofon telah dicabut oleh seseorang. Fiq menjdai gopoh, penonton mula menjadi pelik. Pengacara majlis masuk lalu membetulkan keadaan.

“ Minta maaf, ada sedikit kesilapan teknikal. Fiq kamu boleh mula sekali lagi.”

Angin mula berubah, tona di dalam jiwa Fiq menjadi serba tak kena. Kali ini petikan gitarnya sudah berbeza,dia mula menyanyi. Suaranya amat jelas kedengaran terketar-ketar. Dia amat pasti yang dia sudah silap. Bunyi gitar tidak secocok dengan nadanya. Terdapat penonton yang mula mempersoalkannya, dia menjadi lebih resah.

“ Aku tak dapat nak teruskan, jantung aku berdegup terlalu kencang. Kaki aku bergetar begitu juga dengan tangan aku. Minta maaf atuk.”

Di suatu sudut, Iskandar memandang puas. Dia sangat seronok melihat gaya Fiq dilanda masalah.

“ Sekarang baru kau tahu, aku dah bagi amran kau tak nak dengar. Terimalah akibatnya Fiq.”

Tanpa sepatah kata Fiq terus berhenti, dia berlari ke belakang. ,masing-masing menjadi pelik. Kedengaran sesetengah penonton mentertawakan Fiq. Dia kalah dalam pertarungan terhadap ketakutannya itu akibat terlalu gemuruh selepas dia terkejut dengan persembahanya disabotaj sebelum itu.

“ Aku dah boleh, sikit aja lagi. Tapi mengapa, kenapa mikrofon itu terhenti. Tak guna.”


Fiq terus berlari masuk ke dalam tandas, dia berdiri di hadapan cermin. Mukanya bertukar pucat. Dia amat kesal dengan apa yang telah berlaku, Fiq membasuh mukanya. Dia pasti dia akan menjadi bahan ketawa seluruh kolej pada masa akan datang.

Pintu salah sebuah tandas dibuka, Andy keluar daripada tandas tersebut. Mukanya kelihatan lebih pucat daripada Fiq. Andy telah siap sempurna dengan pakaiannya untuk persembahanya sebentar lagi.

“ Fiq , apa kau buat di sin?. Bukankah kau masih di atas pentas lagi,” soal Andy.

“ Owh, kamu rupanya. Ada masalah sebentar tadi, aku tarik diri Andy.”

“ Tapi mengapa,” Nada Andy mula berubah.

Dia tiba-tiba berpaut pada tubuh Fiq. Mukanya menjadi pucat lesu,dahi Andy berpeluh-peluh. Dia seakan-akan tidak berdaya, persembahanya akan bermula tidak lama sahaja lagi.

“ Andy, kau tak apa-apa. Andy…”

“ Fiq, aku pun tak tahu. Kepala aku pening sangat, aku rasa nak muntah.”

“ Andy, mari aku bawa kau pergi jumpa prof,” kata Fiq.

Wek!
Andy muntah di atds baju Fiq, muntahnya berwarna merah. Ia bercamour dengan darah.

“ Andy, ni dah teruk ni.”

“ Jangan risau Fiq, aku dah biasa. Fiq kau mesti bantu aku. Aku tak daya untuk naik membuat persembahan. Gantikan aku Fiq.”

“ Andy, apa kau cakap ni. Biar aja persembahan kau itu. Keadaan kau lebih penting buat masa ni.”

“ Fiq , walaupun aku baru kenal kau. Tapi aku amat percayakan kau, tolong Fiq. Persembahan ini adalah segala-galanya bagi aku. Aku tak mahu mereka yang lain kecewa hanya kerana aku. Aku tak mahu hampakan Linda yang telah bekerja keras untuk ini. Fiq, jadilah putera kepada Linda,” Rayu Andy.

Fiq keliru, dia seperti serba salah.

“ Andy…..”

“ Fiq, pergi sekarang. Dah nak mula, jangan risau dengan keadaan aku. Aku masih mampu berdiri lagi. Hanya kau sahaja yang tahu jalan cerita ni. Kau pernah tengok aku berlatihkan. Pergi……”

Fiq seperti terikut dengan permintaan Andy. Dia berlari masuk ke dalam bilik persalinan tanpa pengetahuan sesiapa.

“ Seterusnya dan yang terakhir, persmbaan teater musikal tajuknya ‘ Puteri Negara Angin’ arahan Linda,” Suara pengacara majlis kedengaran dari luar.

“ Apa aku nak buat ni, baju aku. Dah tercemar.”

Fiq berpusing-pusing mencari ikhtiar. Kemudian kostum jubah hitam yang tergantung jatuh ke lantai. Fiq memandangnya, tanpa berfikir dahulu dia terus memakai kostum itu. Dia kelihatan seperti maskot ‘Phantom of the Opera’.

“ Aku perlukan gitar, hari itu Andy berlatih menggunakan gitar. Aku mesti buat mereka percaya yang aku ini Andy.”

Dia mencapai gitar yang dugunakan sebentar tadi sewaktu persembahannya.

“ Gitar ini, aku dah gunakannya. Pasti mereka akan syak aku, tak boleh. Terpaksalah aku gunakan gitar aku.”

Fiq membuka ziip beg tempat menyimpan gitarnya. Dia seperti yakin bahawa sudah sampai seru gitar uniknya itu beraksi. Semangatnya menjadi luar biasa, Fiq sendiri pun tidak pasti apa yang berlaku pada dirinya. Tetapi apa yang mendorongnya adalah untuk membantu temannya, serta tidak mahu mengecewakan Linda dan kumpulannya.

Terdapat satu lagi masalah, dia tidak tahu bagaimana dia mahu menutup mukanya. Dia menyelongkar seluruh bilik mencari sesuatu, dalam sibuk dia mencari. Sesuatu telah terjatuh daripada kocek kostuk tersebut. Ia adalah sebentuk topeng putih yang kelihatan seperti hantu dalam kisah ‘Phantom of the opera’. Fiq pasti topeng itu adalah padan dengan kostum yang dipakainya.

“ Betulkah apa yang aku buat, aku tak pasti.”

Fiq menyarung topeng tersebut, hantu telah dilahirkan semula.

Irama bermain di dalam kepala Fiq, ia merubah hati lelaki itu. Dia mesti lakukan, tidak ada daya Fiq menolak permintaan Andy.

“ Mana Andy ni, dah sepuluh minit berlalu. Penonton dah mula pelik,” Kata Linda.
“ Tak tahulah aku Linda, dari tadi dia tak kelihatan,” Kata salah seorang temannya.

“ Linda, adakah kamu mahu teruskan persembahan? Masa sedang berlalu,” Soal pengacara majlis. “ Kalau kamu tak mahu teruskan, kamu dikira tarik diri.”

“ Jangan, jangan buat begitu,”Kata Linda.

“ Linda,kau naik aja di atas. Lengahkan masa, Andy pasti akan muncul. Penonton dah mula bertanya,” Desak temannya itu.

“ Baiklah, kau semua tolong cari Andy. Linda harapkan kamu semua,” Kata temannya itu lagi kepada beberapa orang rakannya yang lain.

“ Nampaknya aku terpaksa lengahkan masa, mungkin akan ada cukup masa untuk mereka cari Andy, aku tak boleh nak batalkan. Inilah peluang aku. Aku harus cuba, Andy. Aku harap kau tahu apa yang kau lakukan.”

Musik latar bermula, Linda yang lengkap berpakaian seperti seorang puteri masuk ke atas pentas. Penonton mula lega, persembahan akhirnya bermula. Lakon layar bermula.

LINDA : Duhai sang Matahari, beritahu pada hamba. Siapakah yang bakal menawan hati beta. Duhai Sang Rembulan, apakah ada yang mampu menambat hati beta. Beta tidak pernah terjumpa lagi sesiapa yang boleh menawan hati beta ini. Adakah di luar sana ada cinta. Sang angin bawalah hajat beta ini ke serata tanah agar ada cinta yang terdengar suara beta dan datang kepada beta.

Musik terus bermain, kedengaran bunyi desiran angin. Linda terus berlakon. Gema nyanyian mula kedengaran. Suara merdu Linda jelas kedengaran.

LINDA: Aku akan terus menunggu…..kehadiran satria yang mampu pertahankan cinta ini….pasir menjadi saksi hati yang sepi… dimanakah kau putera cintaku..

Musik latar berhenti, pentas menjadi sunyi. Penonton mula tertanya-tanya apakah yang akan berlaku. Linda menjeling ke luar pentas, temannya melambai-lambai padanya. Linda membaca pergerakan bibir temannya itu.

Andy tiada, kami tak jumpa.

Linda menjadi gelisah, beratus-ratus pasang mata sedang melihatnya saat itu. Dia rebah terduduk, air matanya menitis ke atas pentas. Linda dihuni ketakutan dan kekecewaan. Para penonton lebih teruja, mereka sangkakan yang itu adalah sebahagian daripada peresembahan. Masa terus berdetik, gadis itu kini kaku. Tidak terkata walau sepatah. Air mata suci itu terus menitis dan mengalir. Menanti sang putera tiba menyelamatkan keadaan. Dia mula menggagahi kakinya untuk bangkit, Linda mengangkat wajah manisnya itu ke hamparan penonton yang menanti sambungannya. Bunyi esakkan tangisan kedengaran halus keluar daripada pembesar suara, para penonton mula bertanya, mengapa? Apa telah berlaku.

“ Mengapa kau menangis……?’ Suara tersebut datang dibalik tirai langsir pentas yang luas itu.

Linda terdiam, adakah itu Andy?

Suara itu disusuli petikan gitar yang bergema membelah sunyi. Mata-mata yang menonton mula tersenyum. Barangakali siapakah yang sedang bermain dengan gitar itu.
Gitar terus dimainkan. Langsir yang menutupi pelakon itu ditarik, kejutan mula berlaku. Masing-masing membetulkan kedudukan supaya lebih selesa menikmati persembahan yang sedang mula rancak.

Seorang lelaki berjubah hitam lengkap bertopeng putih sedang berdiri dan jari-jemarinya asyik memetik gitar kepunyaannya itu. Linda kaku, apa yang sedang berlaku di atas pentas itu?

Penonton mula bersorak. “ Hantu opera, dia telah kembali!”

“ Fiq, bagaimana kamu boleh berada di situ?” Bisik lelaki tua berkemeja putih.

FIQ : Duhai puteri, angin telah sampaikan berita tentang cintamu, aku merasainya. Matahari telah pancarkan cahaya kasihmu kepadaku, aku kembali untuk memantulkan ia. Bulan telah mengukir namamu bertahtakan bintang, dan aku telah mengikuti jejaknya kemari…..


Gitar terus berbunyi, bunyi piano mulai mencelah.

LINDA : Angin,adakah kau yang tiupkan dia kesini. Sang matahari adakah kau yang telah membentuk laluan cahaya kesini. Bulan, adakah benar bintangmu telah memilihnya…..

Fiq menghampiri Linda, jarinya masih bermain. Musik yang sungguh indah kedengaran. Fiq merenungi mata Linda dibelakang topeng itu.

FIQ : Matamu telah berbisik, putera yang kau tunggu membawa cinta.

LINDA : Benarkah kalau begitu, buktikan apa yang membuatmu layak untuk membawa cintaku.

FIQ : Angin membisik kepadaku, puteri yang kucari menantiku. Tiada apa yang ada padaku, Cuma cinta sejati yang angin aku persembahkan. Demi kudratku, aku ingin……….

Linda : ingin apa…

Fiq terus memetik gitar, alunan yang sungguh hebat. Masing-masing kelihatan terpukau dengan persembahan Fiq. Dia kini bakal menjadi sebuah fenomena yang tidak diduga. Tiada siapa yang tahu wajah siapa disebalik topeng itu.
Fiq mengundurkan diri perlahan, suaranya semakin sayu, gitarnya sudah mula hendak melambaikan lambaian terkahir. Dia memberhentikan sentuhanya musiknya itu, tirai belakang tertutup menutupi Fiq.

Fiq : Phantom of the violet……

“Fantastic, hebat! Satu persembahan yang dinanti pada malam ini, Linda. Kau seorang pengarah dan pelakon yang hebat. Give her a big clap for them,” Kata pengacara majlis yang kelihatan gembira dengan persembahan sebentar tadi.

Seluruh dewan bergema dengan tepukan dan sorakan yang meriah. Masing-masing kelihatan berpuas hati dengan persembahan itu.

“ itu bukan Andy, memang bukan Andy. Siapa, Phantom of violet?” Bisik hati Linda.

Di sebuah sudut, bahagian kerusi orang ternama. Seorang lelaki sedang bercakap melalui telefon bimbit miliknya. “ Tuan memang tidak salah lagi, gitar violet yang kita cari ada di sini.”

“suaranya merdu, gayanya unik. Aku ingin tahu siapa di sebalik topeng itu? Siapakah Phantom of violet?” Bisik seorang wanita tidak jauh daripada pentas di kerusi penonton.

“ Takutnya aku tadi, sebenarnya apa dah berlaku. Betulkah diri aku yang berada di atas pentas tadi. Aku mesti simpan rahsia ni, tak ada sesiapa pun mesti tahu.”


“Hey Linda, kami baru dapat maklumat tentang Andy. Dia sakit, sekarang dia terlantar di hospital. Sebab itu Andy tak dapat perform,” Kata salah seorang teman Linda.

“ Maknanya, lelaki yang bertopeng itu bukan memang orang lain. Tak syak lagi,” kata Linda.

“ Linda, kau tahu tak. Story ini akan jadi panas dalam satu kolej ni. Siapa ‘Phantom of the violet’ misteri….”

“Eh Andy, dia sakit apa? Linda nak pergi melawat Andy. Jom ikut sekali, mungkin Andy tahu siapa phantom tu.”
“ Betul juga kata kau Linda, sebelum tu. Go and change yourself first. Dah macam cinderella aku tengok.”

Mereka berdua tiba di hospital beberapa minit kemudian. Jam menunjukkan sudah pukul 11 malam. Suasana suram terpampang disekitar kawasan hospital itu.

“ Adik, nak pergi mana malam-malam ni?” Tegur seorang lelaki berseragam pengawal dari luar kereta.

“ Owh, kami nak melawat kawan kami. Dia baru sahaja dihantar kesini tadi. Baru aja,” Kata teman Linda itu.

“ Saya minta maaf. Kalau mengikut peraturan, kamu berdua memang tak dibenarkan masuk. Kamu boleh datang esok,” Kata pengawal tersebut dengan nada yang sedikit tegas.

“ Kalau begitu, tak mengapalah encik. Terima kasih,” Kata Linda.


“So, macam mana Linda. Terpaksa kita datang esok.”

“ Nampaknya begitulah.”

***********************

Malam menjadi lebih dingin, kepul-kepul awan menutupi sang bulan yang gagah memantulkan cahaya sang mentari . kelawar-kelawar kecil berterbangan mengelilingi lampu jalan, Fiq keluar daripada tandas. Dia melangkah perlahan masuk kedalam bilik tidurnya, air mandiannya mengalir ke hujung kakinya. Tuala merahnya lembab diresapi air, Fiq lalu duduk di bahu katilnya. Dia merenung dirinya dihadapan cermin yang tergantung dihadapanya itu. Fiq terasa yang dia sedang merenung ke arah Fiq yang berbeza dari sebelum itu.
“ Kenapa aku berani untuk naik ke pentas, perkara ini akan jadi isu. Masalah akan datang cari aku. Tapi apapun, aku bersyukur kerana dapat selamatkan persembahan Linda. Adakah ini yang dikatakan kuasa cinta. Ia mampu mengubah sesorang,” Fiq mula tersengih.
Sedang asyik dibuai mimpi, seekor kelawar tiba-tiba terbang masuk kedalam biliknya melalui tingkap. Perkara yaang tidaj terjangka olehnya berlaku, kelawar yang dalam kebingungan dengan lajunya melanggar muka Fiq. Dia yang terkejut lalu melompat secara spontanya.
“ Kelawar, macam mana kelawar ni boleh masuk. Aku da lah baru lepas mandi.”
Kelawar itu berpusing-pusing di dalam bilik Fiq dan kemudian terbang semula keluar.
“ Nasib baik kelawar tu keluar, kalau dia pusing-pusing lagi dalam bilik ni. Memang aku karate, herm, sejuk pulak malam ni. Dari atas kebawah terasa angin.”
“ Tu macam tuala aku atas tilam tu, maknanya.”
Fiq memakai baju tidurnya, dia mengemas perkakas-perkakas di dalam biliknya. Baju-baju yang kotor dikumpulnya setempat.
“ Kemas pun bilik aku, ni yang buat aku nak tidur ni,” Fiq merebahkan dirinya perlahan di atas tilamnya. Dia merenung siling biliknya, matanya terkelip-kelip menahan angin yang melintas matanya.
“ Agaknya apa yang akan jadi esok, kalau mereka tahu akulah lelaki yang menyamar jadi phantom tu, masak aku. Aku mesti rahsiakn hal ini, tak ada sesiapa yang akan tahu aku adalah Phantom of The Violet Guitar.”

Pagi yang indah untuk memulakan sesuatu, matahari bagai teresenyum-senyum pada sang bumi. Burung-burung kecil terbang tinggi membelah angin, suasana di kolej seperti biasa dengan pelajar-pelajarnya yang bertebaran di sekeliling kawasan kolej. Di sebuah sudut,kelihatan Fiq berjalan bersama Boy.
“ Fiq, tahu tak. Dalam kolej ni, semua orang sibuk story pasal lelaki misteri itu. Kalau kau nak tahu, sepatutnya yang pegang watak tu adalah Andy. Tapi macam mana entah Andy tiba-tiba jatuh sakit sebelum persembahan tu. Sekarang lelaki misteri tu tengah hot, kalaulah aku dapat jumpa dengan dia. Akan aku minta autograf dia.”
“ Kau ni Boy, merepek aja kau ni. Kita tak perlu nak sibuk-sibuk pasal lelaki tu, biarkan ajalah dia. Boy, Andy apa cerita. Aku rasa aku nak melawat dialah petang ni.”
“ Entahlah Fiq, dia sekarang ada dekat wad. Tak sedarkan diri, ko pergilah melawat dia. Aku dengar Linda pun akan pergi melawat Andy petang ni. Kalau ada jodoh jumpalah.”
“ Boy betul ke, baik punya! Boy, disebabkan kau dah buat aku gembira. Jom. Aku payung air milo panas ,gelas besar, extra sweet.”
“ Bestnyer kalau aku dapat hari macam ni. Go Fiq, go Fiq.”
Setibanya mereka di kafe, Boy dan Fiq duduk berhampiran sebuah taman mini. Dari situ dia dapat melihat bunga-bunga yang tersusun rapi menghiasi tanah yang hijau itu. Terdapat ramai pelajar pada masa itu yang sedang bersarapan. Fiq membetulkan tempat duduknya supaya lebih selesa, dia mengeluarkan beg dompetnya lalu emnghulurkan beberapa kepingan duit kepada Boy.
“ Boy, ko pergilah beli apa-apa.”
“ Ok bos, kau nak makan apa?” Soal Boy.
“ Aku tak naklah Boy, aku dah sarapan tadi dekat rumah. Kau ajalah yang pergi beli,.”
“ Ok bro,” Boy lalu beredar dari situ.
Angin bertiup halus, sekuntum bunga lalu jatuh diatas riba Fiq. Dia mengangkat bunga tersebut, dibeleknya bunga tersebut beberapa kali.
“ Cantiknya bunga ini, bunga yang cantik selalunya sesuai untuk dipakai dengan mereka yang cantik. Tapi mesti selalu ingat, yang cantik itu tidak kekal. Satu hari nanti ia akan layu,” Fiq seolah memberi nasihat pada dirinya.
Apabila dia melihat bunga itu, dia terbayangkan Linda. Dia ingin sangat menyanggul bunga itu sendiri pada Linda. Pasti cantik sekali. Suasana bertukar kecoh apabila Is dan rakan-rakanya datang ke kafe itu. Fiq pasti sesuatu yang buruk akan berlaku padanya, dia hanya mampu mendiamkan diri buat masa itu.
“ Eh, macam kenal budak ni,” Is menghampiri Fiq.
“ Iyalah, inilah budak yang buat persembahan waktu malam itu. Dengar cerita persembahan dia hancur, betul ke,” Is mempersendakan Fiq dihadapan orang ramai di kafe itu. Rakan-rakan Is turut bersamamnya mengutuk Fiq.
Is kemudian merampas bunga yang berada ditangan Fiq. Dia ketawa besar.
“ Hoi Fiq, kau ni tak layak nak pegang bunga ini. Kau tu selebet, manalah padan dengan bunga yang cantik ni.”
Fiq berlagak tenang, dia terus berdiam.
“ Woi Is, jangan kacau Fiq,” Jerit Boy sambil memegang air Milo ditangannya.
“ Kau ni kenapa, ada aku kacau kau ke,” Is menghampiri Boy.
“ Memanglah, tapi kau kacau kawan aku. Kau ni tak habis-habis kacau dia, Fiq ada buat salah dengan kau ke!” Tengking Boy.
“ Yang kau ni nak sibuk, apahal,” Is menggenggam kolar baju Boy. Is kemudian mengambil air Milo tersebut lalu mencuahkan ia ke atas kepala Boy.
Fiq tersentap, dia bangkit dari duduknya.
“ Is, lepaskan dia,” Kata Fiq bernada halus.
“ Owh, baru sekarang nak tunjuk hero,” Is menghampiri Fiq.
“ Kalau kau hero, cuba kau tahan ni,” Kata Is lalu menolak Fiq hingga dia jatuh di atas lantai.
“ Hoi kamu semua!” jerit seorang gadis.“ Korang semua ni, tak tahu malu ke buli orang. Ingat korang ni gangster sangat ke?” Kata gadis itu menegur Is dan rakannya-rakannya.
Iskandar dan rakan-rakannya terpana dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh gadis tersebut.
“ Kenapa dengan kau ni, ini antara budak ni dengan aku. Siapa kau nak masuk campur, aku tak sukalah nak cari pasal dengan perempuan,”Is membalas semula kata-kata gadis itu dengan agak tenang.
“ Selalunya lelaki pengecut aja yang buli orang, tak gentleman langsung ramai lawan satu,” Gadis itu berkata lagi dengan nada yang lebih menyindir.
Fiq yang masih berada di atas lantai itu mengintai gadis itu disebalik meja-meja yang menghalang pandanngannya. Dia seolah-olah pernah mendengar suara gadis tersebut, Fiq merenung wajah gadis berbaju merah itu. Dia seperti pernah bertemu dengan gadis tersebut, Fiq cuba membongkar ingatannya semula, dahinya berkerut-kerut cuba untuk mengingati ingatannya itu.
“ Cepat betul ingatan aku lupa, ni mesti effect minum air semut ni.”
“ Hah, aku dah ingat. Malam tu, perempuan ni yang aku tolong waktu tu. Budak kaya yang sombong,” Bisik hatinya.
“ Macam mana dia boleh ada dekat sini, aku tak pernah Nampak pun dia dekat sini sebelum ini. Aku tak boleh biar dia Nampak aku, nanti entah apa pula yang jadi.”
Iskandar seperti mengalah dengan gadis itu. “ Fiq, nasib baik ada awek cun ni backup kau. Apa punya lelaki kau ni, tak payah jadi lelakilah kalau macam ni, lembik!”
Is kemudian beredar meninggalkan kafe tersebut.
“ Aku tak tahulah apa masalah dengan si Iskandar, aku tak pernah kacau ni atau buat dia marah. Niat pun tak pernah terlintas. Apa yang sebenarnya dia nak, takkanlah dia nak aku bertumbuk dengan dia baru puas.”
Fiq menyapu tanganya membersihkan habuk-habuk kecil yang melekat sewaktu dia jatuh. Boy meletakkan makanan dan air yang baru dibelinya di atas meja.
“ Fiq kau ok tak? Is tu tak habis-habis nak kacau kau. Aku bengang betul dengan dia.”
“ Biar ajalah dia, lama-lama dia bosanlah,” Jawab Fiq.
“ Fiq, awek tu datang ke sini. Aku rasa dia nak jumpa kau,” Kata Boy sambil tersengih-sengih.
“ Alamak dia dating sini ke,” Bisik Fiq.
Tanpa memikirkan apa yang akan berlaku, Fiq mengambil begnya lalu memasang langkah meninggalkan kafe itu. Diredahnya taman mini itu semata-mata hendak lari daripada gadis tersebut. Gadis yang sedang berjalan kearah mereka itu terhenti melihat gelagat Fiq. Boy yang dalam kebingungan juga berlari mengejar Fiq.
“ Kenapa dengan lelaki dekat kolej ni, aku dah tolong dia tapi dia lari pulak. Terima kasih pun tak cakap. Ish tak sukalah,” Rungut gadis itu.
“Fiq, kau nak pergi mana. Kau ni macam kena kejar hantu aja, tunggulah aku Fiq. Penat ni,” Jerit Boy sambil berlari mengejar Fiq.
“ Boy, cepat. Aku bukan kena kejar hantu tapi lari daripada hantu,” jawab Fiq lalu berhenti di sebuah selekoh yang agak jauh daripada kafe.
“ Fiq, kenapa dengan kau ni?” Soal Boy yang tercungap-cungap penat mengejar Fiq. Daia menarik nafas panjang.
“ kau tahu tak, gara-gara aku kejar kau. Air milo extra sweet aku tu dah tertinggal dekat kafe, perut aku dah merajuk dah ni,” Sambung Boy.
“ Minta maaflah Boy, aku sebenarnya pun tak tahu kenapa aku lari,” Kata Fiq.
“ Fiq, kau kenal ke budak perempuan yang kat kafe tu tadi?Seronoklah kau perempuan cantik tolong.”
“ Kau ni, ada-ada saja Boy. Lupakan pasal perempuan tu, kita buat tak tahu aja.”
“ Kau ni Fiq, aku tengok sejak kebelakangan ni kau makin pelik,” Kata Boy menilai Fiq.
“ Apa yang peliknya Boy, sama aja, Ini Fiq yang kau kenal la,”
“ Tak, kau pelik,” Perli Boy lagi.
Fiq menggaru kepalanya, kemudian dia terlihat dua orang lelaki berkot hitam berkaca mata gelap.
“ Boy, siapa lelaki-lelaki tu. Dah macam Men in Black aku tengok, agak-agak apa yang diorang buat dekat sini,” Ujar Fiq.
“ Iyalah Fiq, gaya mengalahkan pengarah kolej kita. Aku rasa lelaki-lelaki tu macam tengah cari oranglah,” Kata Boy dengan nada yang penuh yakin.
“ Kau ni, macam mana kau boleh tahu.”
“ Kau tengok, setiap budak yang lalu mesti kena tanya. Lagipun macam ada gambar dekat tangan diorang.”
“ betul juga cakap kau Boy, ada orang hilang ke dalam kolej ni?” Kata Fiq sambil mengusap dagunya.
“ Fiq, lelaki dua orang tu datang kearah kita. Apa kita nak buat ni?” Kata Boy membisik pada Fiq.
“ Macam mana kau tahu dia nak datang sini Boy?” Soal Fiq.
“ Habis tu, dah kita dua aja yang ada dekat sini. Dekat siapa pula yang dia nak datang,” JAwab Boy dengan penuh serius.
“ Iyalah Boy, kenapalah aku boleh jadi lembap tiba-tiba ni.”
“ Kau banyak sangat minum air yang bersemut kot,” UJar Boy memerli Fiq.
Kedua-dua lelaki tersebut semakin dekat dengan mereka, Fiq dan Boy masih terpacak seperti kaku melihat lelaki-lelaki berkot hitam itu.
“ Kamu berdua, kami ingin bertanya beberapa soalan.sila beri kerjasam,” Kata salah seorang lelaki itu.
“ Ya encik, apa yang kami boleh bantu,” Kata Boy.
“ Kamu ada maklumat tak tentang lelaki yang berkostum pada malam carnival tempoh hari?” Tanya lelaki itu.
“ Maksud encik, Phantom of The Violet Guitar tu,” Boy kelihatan bersungguh-sungguh.
“ Entahlah encik, kami tidak tahu menahu pasal lelaki itu. Minta maaf,” Fiq mencelah.
“ Owh, baiklah kalau begitu. Saya ada satu lagi pertanyaan, adakah kamu berdua pernah melihat gitar ini?” Soal salah seorang lelaki itu sambil mengeluarkan sekeping gambar.
Fiq tersentap, dia kenal sangat dengan gitar yang berada di dalam gambar tersebut.
“ Itu gitar aku, kenapa dia nak cari gitar tu?” Bisik hati Fiq. Jantungnya mula berdegup laju.
“ Entahlah encik, kami memang tak tahu apa-apa tentang gitar ni dan kami tak pernah jumpa pun sesiapa yang bawa gitar ini ke kolej ni,” Jawab Fiq, nadanya kelihatan lebih serius berbanding sebelum ini. Tangan Fiq mula berpeluh.
“ Baiklah kalau begitu, terima kasih atas kerjasama kamu,” Kata lelaki itu yang kemudian beredar meninggalkan mereka berdua. Fiq memerhatikan mereka, matanya tertumpu pada kedua-dua lelaki yang sedang berjalan itu.
“ Fiq, kenapa dengan kau ni. Macam Nampak hantu aja,” Kata Boy menepuk bahu rakannya itu.
Fiq mendiamkan diri.
“ Siapa lelaki-lelaki tu dan apa yang diorang mahu sebenarnya, mereka nakkan gitar itu. Ada sesuatu yang atuk tak beritahu ni. Takkanlah gitar yang atuk bagi tu gitar curi, apa-apa pun aku mesti ke rumah atuk petang ni.”
“Fiq, aku menang. Kau memang makin pelik.”
“ Pelik pun peliklah Boy,” Fiq ketawa kecil.
Mereka berjalan semula ke dewan kuliah, sedang Boy dan Fiq berjalan mereka terserempak Linda dan rakan-rakannya. Fiq memperlajukan langkahnya apabila dia mula melintasi Linda, dia Berjaya dengan tenang. Apabila dia sudah berada jauh sedikit, Fiq menoleh ke belakang. Dia benar-benar sudah jatuh hati dengan Linda seolah-olah tiada tempat untuk gadis lain yang boleh menggantikan Linda. Fiq teringat peristiwa waktu malam itu, dia dan Linda. Bagai berada di dalam syurga, namun dia hanya mampu tersenyum.
“ Phantom, adakah kau rasa kau mampu untuk beraksi sekali lagi,” Bisik Fiq kepada dirinya.
“ Fiq, aku nak ke tandas kejap, kau tunggu aku dekat sini ya,” ujar Boy.
“ Baiklah, kau jangan lama sangat. Aku tak suka tunggu orang lama-lama Boy.”
“ Baik Bos.”

Sambil menunggu Boy menunaikan hajat kecilnya itu, Fiq bersandar disebalik dinding tidak jauh daripada pintu tandas. Dia mengeluarkan bukunya untuk dibaca, Fiq tahu benar perangai Boy. Paling cepat pun akan ambil masa 15 minit. Sedang dia sibuk membaca, Fiq terdengar riuh-rendah suara gadis-gadis berborak. Suara itu semakin lama semakin kuat didengari. Baginya itu adalah perkara normal, dimana-mana akan kedengaran suara perempuan berborak. Tapi kali ini, Fiq terasa kurang senang. Firasatnya memang, suara gelak tawa tersebut dimiliki oleh gadis yang membantunya di kafe sebentar tadi. Gadis itu dan rakan- rakannya tidak perasan akan kewujudan Fiq yang sedang bersandar di balik dinding. Fiq menutup wajahnya dengan buku yang berada ditangannya, dia berharap sangat gadis itu pergi terus sahaja. Gadis itu kini sedang berjalan dihadapannya, Fiq mengintainya dengan harapan agar gadis itu terus berjalan tanpa menoleh ke tepi.
“ Sikit lagi, jangan pandang tepi. Terus,” Getus hati Fiq.
Gadis yang berambut perang, berbaju merah itu kemudiannya terhenti. Rakan-rakan gadis tersebut pun pelik melihat gadis itu tiba-tiba berhenti. Gadis itu mengundurkan langkahnya beberapa tapak . Dia melihat Fiq yang sedang mentup mukanya dengan buku.
“ Hey, buku tu. Dah lama aku cari,” Kata gadis itu.
Fiq hanya berdiam, kali ini dia pasti tidak dapat lari daripada gadis itu. Gadis tersebut kemudiannya menarik buku kepunyaan Fiq dari tangannya. Fiq terkejut dengan tindakan gadis tersebut, saat gadis itu menarik bukunya, Fiq bertentang mata dengannya.
“ Aku dah lama cari buku ni, baru sekarang aku jumpa,” Kata gadis itu sambil membelek muka surat buku tersebut.
“ Cik, minta maaf. Saya tengah baca buku tu untuk pengetahuan awak,” Kata Fiq mempertahankan haknya.
“ Perempuan ni rasanya dia tak perasan aku, nasib baik dia dah tak ingat,” Bisik hati Fiq pula.
“ Owh yeke, apa kata kau jual buku ni dekat aku. Cakap kau nak berapa?” Soal gadis itu lagi.
“ Minta maaf sekali lagi, buku ni not for sale,” Jawab Fiq.
“ Owh, harganya RM 29.00, aku bayar kau tiga kali ganda. Boleh tak?” Tanya perempuan itu lagi setelah dia melihat harga yang tercatat pada buku tersebut.
“ Cik, saya cakap saya x mahu jual. Minta maaf, buku ni ada banyak lagi dekat kedai.”
“ Iyalah, aku bayar kau untuk buku ni. Nanti kau pergi belilah yang lain, aku malaslah nak pergi beli. Kebetulan kau ada, baik aku beli dari kau.”
“ Ingat duit boleh beli semuanya ke,” Ujar Fiq dengan halus.
“ Apa kau cakap, ulang sekali lagi,” Marah gadis itu.
“ Mana ada saya cakap apa-apa, baiklah. Apa kata awak pinjam dulu buku ni,” Cadang Fiq.
“ Herm, bagus juga tu. Ok, kalau begitu. Thank you,” Kata Gadis itu lagi.
Gadis itu kemudian mengambil buku Fiq lalu berjalan pergi, Fiq memerhatikan gadis itu.
“ Kenapalah aku bagi pinjam, entah. Aku pun tak tahu apa nak buat,benda dah jadi. Memang sahlah dia perempuan yang aku tolong malam tu. Apa-apa ajalah, aku malas nak fikir lagi. Apa-apa pun, perempuan tu dah tak cam aku, maknanya aku tak perlu nak sorok-sorok daripada dia lagi lepas ni. Ni mesti kes banyak makan semut ni. Sebab tu dia lupa,” Fiq ketawa kecil.
**************************************

"Herm, budak tu.Aku macam pernah jumpa,yeke. pernah ke, tapi. huh, apa-apa ajalah."