Thursday, April 7, 2011

8-misteri demi misteri

Malam menjadi lebih dingin, kepul-kepul awan menutupi sang bulan yang gagah memantulkan cahaya sang mentari . kelawar-kelawar kecil berterbangan mengelilingi lampu jalan, Fiq keluar daripada tandas. Dia melangkah perlahan masuk kedalam bilik tidurnya, air mandiannya mengalir ke hujung kakinya. Tuala merahnya lembab diresapi air, Fiq lalu duduk di bahu katilnya. Dia merenung dirinya dihadapan cermin yang tergantung dihadapanya itu. Fiq terasa yang dia sedang merenung ke arah Fiq yang berbeza dari sebelum itu.
“ Kenapa aku berani untuk naik ke pentas, perkara ini akan jadi isu. Masalah akan datang cari aku. Tapi apapun, aku bersyukur kerana dapat selamatkan persembahan Linda. Adakah ini yang dikatakan kuasa cinta. Ia mampu mengubah sesorang,” Fiq mula tersengih.
Sedang asyik dibuai mimpi, seekor kelawar tiba-tiba terbang masuk kedalam biliknya melalui tingkap. Perkara yaang tidaj terjangka olehnya berlaku, kelawar yang dalam kebingungan dengan lajunya melanggar muka Fiq. Dia yang terkejut lalu melompat secara spontanya.
“ Kelawar, macam mana kelawar ni boleh masuk. Aku da lah baru lepas mandi.”
Kelawar itu berpusing-pusing di dalam bilik Fiq dan kemudian terbang semula keluar.
“ Nasib baik kelawar tu keluar, kalau dia pusing-pusing lagi dalam bilik ni. Memang aku karate, herm, sejuk pulak malam ni. Dari atas kebawah terasa angin.”
“ Tu macam tuala aku atas tilam tu, maknanya.”
Fiq memakai baju tidurnya, dia mengemas perkakas-perkakas di dalam biliknya. Baju-baju yang kotor dikumpulnya setempat.
“ Kemas pun bilik aku, ni yang buat aku nak tidur ni,” Fiq merebahkan dirinya perlahan di atas tilamnya. Dia merenung siling biliknya, matanya terkelip-kelip menahan angin yang melintas matanya.
“ Agaknya apa yang akan jadi esok, kalau mereka tahu akulah lelaki yang menyamar jadi phantom tu, masak aku. Aku mesti rahsiakn hal ini, tak ada sesiapa yang akan tahu aku adalah Phantom of The Violet Guitar.”

Pagi yang indah untuk memulakan sesuatu, matahari bagai teresenyum-senyum pada sang bumi. Burung-burung kecil terbang tinggi membelah angin, suasana di kolej seperti biasa dengan pelajar-pelajarnya yang bertebaran di sekeliling kawasan kolej. Di sebuah sudut,kelihatan Fiq berjalan bersama Boy.
“ Fiq, tahu tak. Dalam kolej ni, semua orang sibuk story pasal lelaki misteri itu. Kalau kau nak tahu, sepatutnya yang pegang watak tu adalah Andy. Tapi macam mana entah Andy tiba-tiba jatuh sakit sebelum persembahan tu. Sekarang lelaki misteri tu tengah hot, kalaulah aku dapat jumpa dengan dia. Akan aku minta autograf dia.”
“ Kau ni Boy, merepek aja kau ni. Kita tak perlu nak sibuk-sibuk pasal lelaki tu, biarkan ajalah dia. Boy, Andy apa cerita. Aku rasa aku nak melawat dialah petang ni.”
“ Entahlah Fiq, dia sekarang ada dekat wad. Tak sedarkan diri, ko pergilah melawat dia. Aku dengar Linda pun akan pergi melawat Andy petang ni. Kalau ada jodoh jumpalah.”
“ Boy betul ke, baik punya! Boy, disebabkan kau dah buat aku gembira. Jom. Aku payung air milo panas ,gelas besar, extra sweet.”
“ Bestnyer kalau aku dapat hari macam ni. Go Fiq, go Fiq.”
Setibanya mereka di kafe, Boy dan Fiq duduk berhampiran sebuah taman mini. Dari situ dia dapat melihat bunga-bunga yang tersusun rapi menghiasi tanah yang hijau itu. Terdapat ramai pelajar pada masa itu yang sedang bersarapan. Fiq membetulkan tempat duduknya supaya lebih selesa, dia mengeluarkan beg dompetnya lalu emnghulurkan beberapa kepingan duit kepada Boy.
“ Boy, ko pergilah beli apa-apa.”
“ Ok bos, kau nak makan apa?” Soal Boy.
“ Aku tak naklah Boy, aku dah sarapan tadi dekat rumah. Kau ajalah yang pergi beli,.”
“ Ok bro,” Boy lalu beredar dari situ.
Angin bertiup halus, sekuntum bunga lalu jatuh diatas riba Fiq. Dia mengangkat bunga tersebut, dibeleknya bunga tersebut beberapa kali.
“ Cantiknya bunga ini, bunga yang cantik selalunya sesuai untuk dipakai dengan mereka yang cantik. Tapi mesti selalu ingat, yang cantik itu tidak kekal. Satu hari nanti ia akan layu,” Fiq seolah memberi nasihat pada dirinya.
Apabila dia melihat bunga itu, dia terbayangkan Linda. Dia ingin sangat menyanggul bunga itu sendiri pada Linda. Pasti cantik sekali. Suasana bertukar kecoh apabila Is dan rakan-rakanya datang ke kafe itu. Fiq pasti sesuatu yang buruk akan berlaku padanya, dia hanya mampu mendiamkan diri buat masa itu.
“ Eh, macam kenal budak ni,” Is menghampiri Fiq.
“ Iyalah, inilah budak yang buat persembahan waktu malam itu. Dengar cerita persembahan dia hancur, betul ke,” Is mempersendakan Fiq dihadapan orang ramai di kafe itu. Rakan-rakan Is turut bersamamnya mengutuk Fiq.
Is kemudian merampas bunga yang berada ditangan Fiq. Dia ketawa besar.
“ Hoi Fiq, kau ni tak layak nak pegang bunga ini. Kau tu selebet, manalah padan dengan bunga yang cantik ni.”
Fiq berlagak tenang, dia terus berdiam.
“ Woi Is, jangan kacau Fiq,” Jerit Boy sambil memegang air Milo ditangannya.
“ Kau ni kenapa, ada aku kacau kau ke,” Is menghampiri Boy.
“ Memanglah, tapi kau kacau kawan aku. Kau ni tak habis-habis kacau dia, Fiq ada buat salah dengan kau ke!” Tengking Boy.
“ Yang kau ni nak sibuk, apahal,” Is menggenggam kolar baju Boy. Is kemudian mengambil air Milo tersebut lalu mencuahkan ia ke atas kepala Boy.
Fiq tersentap, dia bangkit dari duduknya.
“ Is, lepaskan dia,” Kata Fiq bernada halus.
“ Owh, baru sekarang nak tunjuk hero,” Is menghampiri Fiq.
“ Kalau kau hero, cuba kau tahan ni,” Kata Is lalu menolak Fiq hingga dia jatuh di atas lantai.
“ Hoi kamu semua!” jerit seorang gadis.“ Korang semua ni, tak tahu malu ke buli orang. Ingat korang ni gangster sangat ke?” Kata gadis itu menegur Is dan rakannya-rakannya.
Iskandar dan rakan-rakannya terpana dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh gadis tersebut.
“ Kenapa dengan kau ni, ini antara budak ni dengan aku. Siapa kau nak masuk campur, aku tak sukalah nak cari pasal dengan perempuan,”Is membalas semula kata-kata gadis itu dengan agak tenang.
“ Selalunya lelaki pengecut aja yang buli orang, tak gentleman langsung ramai lawan satu,” Gadis itu berkata lagi dengan nada yang lebih menyindir.
Fiq yang masih berada di atas lantai itu mengintai gadis itu disebalik meja-meja yang menghalang pandanngannya. Dia seolah-olah pernah mendengar suara gadis tersebut, Fiq merenung wajah gadis berbaju merah itu. Dia seperti pernah bertemu dengan gadis tersebut, Fiq cuba membongkar ingatannya semula, dahinya berkerut-kerut cuba untuk mengingati ingatannya itu.
“ Cepat betul ingatan aku lupa, ni mesti effect minum air semut ni.”
“ Hah, aku dah ingat. Malam tu, perempuan ni yang aku tolong waktu tu. Budak kaya yang sombong,” Bisik hatinya.
“ Macam mana dia boleh ada dekat sini, aku tak pernah Nampak pun dia dekat sini sebelum ini. Aku tak boleh biar dia Nampak aku, nanti entah apa pula yang jadi.”
Iskandar seperti mengalah dengan gadis itu. “ Fiq, nasib baik ada awek cun ni backup kau. Apa punya lelaki kau ni, tak payah jadi lelakilah kalau macam ni, lembik!”
Is kemudian beredar meninggalkan kafe tersebut.
“ Aku tak tahulah apa masalah dengan si Iskandar, aku tak pernah kacau ni atau buat dia marah. Niat pun tak pernah terlintas. Apa yang sebenarnya dia nak, takkanlah dia nak aku bertumbuk dengan dia baru puas.”
Fiq menyapu tanganya membersihkan habuk-habuk kecil yang melekat sewaktu dia jatuh. Boy meletakkan makanan dan air yang baru dibelinya di atas meja.
“ Fiq kau ok tak? Is tu tak habis-habis nak kacau kau. Aku bengang betul dengan dia.”
“ Biar ajalah dia, lama-lama dia bosanlah,” Jawab Fiq.
“ Fiq, awek tu datang ke sini. Aku rasa dia nak jumpa kau,” Kata Boy sambil tersengih-sengih.
“ Alamak dia dating sini ke,” Bisik Fiq.
Tanpa memikirkan apa yang akan berlaku, Fiq mengambil begnya lalu memasang langkah meninggalkan kafe itu. Diredahnya taman mini itu semata-mata hendak lari daripada gadis tersebut. Gadis yang sedang berjalan kearah mereka itu terhenti melihat gelagat Fiq. Boy yang dalam kebingungan juga berlari mengejar Fiq.
“ Kenapa dengan lelaki dekat kolej ni, aku dah tolong dia tapi dia lari pulak. Terima kasih pun tak cakap. Ish tak sukalah,” Rungut gadis itu.
“Fiq, kau nak pergi mana. Kau ni macam kena kejar hantu aja, tunggulah aku Fiq. Penat ni,” Jerit Boy sambil berlari mengejar Fiq.
“ Boy, cepat. Aku bukan kena kejar hantu tapi lari daripada hantu,” jawab Fiq lalu berhenti di sebuah selekoh yang agak jauh daripada kafe.
“ Fiq, kenapa dengan kau ni?” Soal Boy yang tercungap-cungap penat mengejar Fiq. Daia menarik nafas panjang.
“ kau tahu tak, gara-gara aku kejar kau. Air milo extra sweet aku tu dah tertinggal dekat kafe, perut aku dah merajuk dah ni,” Sambung Boy.
“ Minta maaflah Boy, aku sebenarnya pun tak tahu kenapa aku lari,” Kata Fiq.
“ Fiq, kau kenal ke budak perempuan yang kat kafe tu tadi?Seronoklah kau perempuan cantik tolong.”
“ Kau ni, ada-ada saja Boy. Lupakan pasal perempuan tu, kita buat tak tahu aja.”
“ Kau ni Fiq, aku tengok sejak kebelakangan ni kau makin pelik,” Kata Boy menilai Fiq.
“ Apa yang peliknya Boy, sama aja, Ini Fiq yang kau kenal la,”
“ Tak, kau pelik,” Perli Boy lagi.
Fiq menggaru kepalanya, kemudian dia terlihat dua orang lelaki berkot hitam berkaca mata gelap.
“ Boy, siapa lelaki-lelaki tu. Dah macam Men in Black aku tengok, agak-agak apa yang diorang buat dekat sini,” Ujar Fiq.
“ Iyalah Fiq, gaya mengalahkan pengarah kolej kita. Aku rasa lelaki-lelaki tu macam tengah cari oranglah,” Kata Boy dengan nada yang penuh yakin.
“ Kau ni, macam mana kau boleh tahu.”
“ Kau tengok, setiap budak yang lalu mesti kena tanya. Lagipun macam ada gambar dekat tangan diorang.”
“ betul juga cakap kau Boy, ada orang hilang ke dalam kolej ni?” Kata Fiq sambil mengusap dagunya.
“ Fiq, lelaki dua orang tu datang kearah kita. Apa kita nak buat ni?” Kata Boy membisik pada Fiq.
“ Macam mana kau tahu dia nak datang sini Boy?” Soal Fiq.
“ Habis tu, dah kita dua aja yang ada dekat sini. Dekat siapa pula yang dia nak datang,” JAwab Boy dengan penuh serius.
“ Iyalah Boy, kenapalah aku boleh jadi lembap tiba-tiba ni.”
“ Kau banyak sangat minum air yang bersemut kot,” UJar Boy memerli Fiq.
Kedua-dua lelaki tersebut semakin dekat dengan mereka, Fiq dan Boy masih terpacak seperti kaku melihat lelaki-lelaki berkot hitam itu.
“ Kamu berdua, kami ingin bertanya beberapa soalan.sila beri kerjasam,” Kata salah seorang lelaki itu.
“ Ya encik, apa yang kami boleh bantu,” Kata Boy.
“ Kamu ada maklumat tak tentang lelaki yang berkostum pada malam carnival tempoh hari?” Tanya lelaki itu.
“ Maksud encik, Phantom of The Violet Guitar tu,” Boy kelihatan bersungguh-sungguh.
“ Entahlah encik, kami tidak tahu menahu pasal lelaki itu. Minta maaf,” Fiq mencelah.
“ Owh, baiklah kalau begitu. Saya ada satu lagi pertanyaan, adakah kamu berdua pernah melihat gitar ini?” Soal salah seorang lelaki itu sambil mengeluarkan sekeping gambar.
Fiq tersentap, dia kenal sangat dengan gitar yang berada di dalam gambar tersebut.
“ Itu gitar aku, kenapa dia nak cari gitar tu?” Bisik hati Fiq. Jantungnya mula berdegup laju.
“ Entahlah encik, kami memang tak tahu apa-apa tentang gitar ni dan kami tak pernah jumpa pun sesiapa yang bawa gitar ini ke kolej ni,” Jawab Fiq, nadanya kelihatan lebih serius berbanding sebelum ini. Tangan Fiq mula berpeluh.
“ Baiklah kalau begitu, terima kasih atas kerjasama kamu,” Kata lelaki itu yang kemudian beredar meninggalkan mereka berdua. Fiq memerhatikan mereka, matanya tertumpu pada kedua-dua lelaki yang sedang berjalan itu.
“ Fiq, kenapa dengan kau ni. Macam Nampak hantu aja,” Kata Boy menepuk bahu rakannya itu.
Fiq mendiamkan diri.
“ Siapa lelaki-lelaki tu dan apa yang diorang mahu sebenarnya, mereka nakkan gitar itu. Ada sesuatu yang atuk tak beritahu ni. Takkanlah gitar yang atuk bagi tu gitar curi, apa-apa pun aku mesti ke rumah atuk petang ni.”
“Fiq, aku menang. Kau memang makin pelik.”
“ Pelik pun peliklah Boy,” Fiq ketawa kecil.
Mereka berjalan semula ke dewan kuliah, sedang Boy dan Fiq berjalan mereka terserempak Linda dan rakan-rakannya. Fiq memperlajukan langkahnya apabila dia mula melintasi Linda, dia Berjaya dengan tenang. Apabila dia sudah berada jauh sedikit, Fiq menoleh ke belakang. Dia benar-benar sudah jatuh hati dengan Linda seolah-olah tiada tempat untuk gadis lain yang boleh menggantikan Linda. Fiq teringat peristiwa waktu malam itu, dia dan Linda. Bagai berada di dalam syurga, namun dia hanya mampu tersenyum.
“ Phantom, adakah kau rasa kau mampu untuk beraksi sekali lagi,” Bisik Fiq kepada dirinya.
“ Fiq, aku nak ke tandas kejap, kau tunggu aku dekat sini ya,” ujar Boy.
“ Baiklah, kau jangan lama sangat. Aku tak suka tunggu orang lama-lama Boy.”
“ Baik Bos.”

Sambil menunggu Boy menunaikan hajat kecilnya itu, Fiq bersandar disebalik dinding tidak jauh daripada pintu tandas. Dia mengeluarkan bukunya untuk dibaca, Fiq tahu benar perangai Boy. Paling cepat pun akan ambil masa 15 minit. Sedang dia sibuk membaca, Fiq terdengar riuh-rendah suara gadis-gadis berborak. Suara itu semakin lama semakin kuat didengari. Baginya itu adalah perkara normal, dimana-mana akan kedengaran suara perempuan berborak. Tapi kali ini, Fiq terasa kurang senang. Firasatnya memang, suara gelak tawa tersebut dimiliki oleh gadis yang membantunya di kafe sebentar tadi. Gadis itu dan rakan- rakannya tidak perasan akan kewujudan Fiq yang sedang bersandar di balik dinding. Fiq menutup wajahnya dengan buku yang berada ditangannya, dia berharap sangat gadis itu pergi terus sahaja. Gadis itu kini sedang berjalan dihadapannya, Fiq mengintainya dengan harapan agar gadis itu terus berjalan tanpa menoleh ke tepi.
“ Sikit lagi, jangan pandang tepi. Terus,” Getus hati Fiq.
Gadis yang berambut perang, berbaju merah itu kemudiannya terhenti. Rakan-rakan gadis tersebut pun pelik melihat gadis itu tiba-tiba berhenti. Gadis itu mengundurkan langkahnya beberapa tapak . Dia melihat Fiq yang sedang mentup mukanya dengan buku.
“ Hey, buku tu. Dah lama aku cari,” Kata gadis itu.
Fiq hanya berdiam, kali ini dia pasti tidak dapat lari daripada gadis itu. Gadis tersebut kemudiannya menarik buku kepunyaan Fiq dari tangannya. Fiq terkejut dengan tindakan gadis tersebut, saat gadis itu menarik bukunya, Fiq bertentang mata dengannya.
“ Aku dah lama cari buku ni, baru sekarang aku jumpa,” Kata gadis itu sambil membelek muka surat buku tersebut.
“ Cik, minta maaf. Saya tengah baca buku tu untuk pengetahuan awak,” Kata Fiq mempertahankan haknya.
“ Perempuan ni rasanya dia tak perasan aku, nasib baik dia dah tak ingat,” Bisik hati Fiq pula.
“ Owh yeke, apa kata kau jual buku ni dekat aku. Cakap kau nak berapa?” Soal gadis itu lagi.
“ Minta maaf sekali lagi, buku ni not for sale,” Jawab Fiq.
“ Owh, harganya RM 29.00, aku bayar kau tiga kali ganda. Boleh tak?” Tanya perempuan itu lagi setelah dia melihat harga yang tercatat pada buku tersebut.
“ Cik, saya cakap saya x mahu jual. Minta maaf, buku ni ada banyak lagi dekat kedai.”
“ Iyalah, aku bayar kau untuk buku ni. Nanti kau pergi belilah yang lain, aku malaslah nak pergi beli. Kebetulan kau ada, baik aku beli dari kau.”
“ Ingat duit boleh beli semuanya ke,” Ujar Fiq dengan halus.
“ Apa kau cakap, ulang sekali lagi,” Marah gadis itu.
“ Mana ada saya cakap apa-apa, baiklah. Apa kata awak pinjam dulu buku ni,” Cadang Fiq.
“ Herm, bagus juga tu. Ok, kalau begitu. Thank you,” Kata Gadis itu lagi.
Gadis itu kemudian mengambil buku Fiq lalu berjalan pergi, Fiq memerhatikan gadis itu.
“ Kenapalah aku bagi pinjam, entah. Aku pun tak tahu apa nak buat,benda dah jadi. Memang sahlah dia perempuan yang aku tolong malam tu. Apa-apa ajalah, aku malas nak fikir lagi. Apa-apa pun, perempuan tu dah tak cam aku, maknanya aku tak perlu nak sorok-sorok daripada dia lagi lepas ni. Ni mesti kes banyak makan semut ni. Sebab tu dia lupa,” Fiq ketawa kecil.
**************************************

"Herm, budak tu.Aku macam pernah jumpa,yeke. pernah ke, tapi. huh, apa-apa ajalah."

Keesokan harinya, Fiq pergi ke rumah atuknya. Dalam perjalanan Fiq terlihat kanak-kanak berkejar-kejaran di tepi taman. Dia tenang melihat suasana itu, kemudian beberapa orang budak berkejaran mengelilingi Fiq.

" Hey, perlahan-lahan main nanti terjatuh," tegur Fiq.
Dia meneruskan perjalanannya, selang beberapa langkah berjalan, Fiq terpijak sesuatu yang menyebabkan dia terjatuh serta-merta. kanak-kanak yang sedang asyik bermain berhenti bermain seketika melihat Fiq yang terbaring diatas jalan. Mereka berlari mendapatkan Fiq.
" Apalah abang ni, elok-eloklah jalan,kan dah jatuh,"Kata salah seorang kanak-kanak tersebut.
Fiq tersenyum sendirian," Haish, aku yang nasihatkan budak-budak ni, tak pasal-pasal aku pula yang dinasihatkan. Inilah hidup, susah nak duga."
" Abang ok aja, nak sakit pun. Sikit je," Kata Fiq menutup kesakitannya itu.
" Tak apalah abang, kalau abang ok, kami pergi main dulu."
"Ok,pergilah sambung. Hati-hati main tu."
Fiq membersihkan debu-debu yang melekat pada beg gitarnya,habuk-habuk tanah yang melekat berterbangan dituip angin. Sedang dia menepuk-nepuk beg gitarnya itu dia terdengar sesuatu. bunyi tersebut datang dari dalam gitarnya, Fiq mula risau, adakah gitarnya rosak ketika dia terjatuh tadi.Dia mengeluarkan gitarnya, kelihatan tiada apa-apa yang patah. Fiq cuba mengeluarkan objek yang berada di dalam gitar itu. Setelah beberapa minit mencuba,akhirnya dia berjaya.

"Gambar, macam mana boleh ada gambar dalam gitar ni," Kata Fiq setelah mendapat tahu yang objek yang berada di dalam gitarnya itu adalah sekeping gambar. Tapi apa yang pasti, dia tidak tahu gambar siapakah itu.

"Gambar ni macam gambar lama, siapa lelaki dan wanita yang berada di dalam gambar ni," Bisik Fiq sambil memegang gambar itu. Gambar itu adalah gambar sebuah keluarga.
"Dan siapa pula bayi dalam pangkuan wanita ni?"
Fiq menyarungkan gitarnya semula, dia memasukkan gambar tersebut di dalam kocek seluarnya.
" Mungkin atuk ada jawapanya."
Setibanya dirumah atuk, Fiq memberi salam. Namun salamnya tidak terjawab, barangkali atuk tidak berada dirumah ketika itu. Fiq duduk sebentar di atas sebuah kerusi lama yang telah tersedia di luar. Dia mengeluarkan gitarnya, Fiq membelek-belek instrumen itu. Dia kemudian memainkan sebuah lagu, petikan gitarnya dan suaranya yang lunak menarik perhatian beberapa orang kanak-kanak kecil yang bermain di situ. Mereka kelihatan sungguh gembira mendengar nyanyian Fiq.
" Abang, nyanyikanlah lagi lagu untuk kami.Kami nak dengar lagi," Kata salah seorang budak.
" apa kata, kalau kamu semua nyanyi sama-sama dengan abang, mesti lagi best.Ok, duduk rapat-rapat."
Fiq mula memetik, kanak-kanak itu amat riang sekali menyanyi bersama. Gabungan suara mereka menarik perhatian orang ramai untuk melihat siapa yang menyanyi itu. Semakin ramai orang berkerumun di hadapan rumah atuk Fiq.Ia kelihatan seperti sebuah konsert akustika mini, semua terhibur dengan persembahan mereka. Fiq tidak menyangka bahawa akan ada ramai orang melihat mereka. Orang-orang yang berada di situ memberi tepukan yang gemuruh kepada Fiq dan kanak-kanak itu. Setelah semua beredar, Fiq kembali menunggu atuknya, namun kelibat bayangnya pun tidak kelihatan.
" Mungkin atuk ada urusan, kalau begitu baik aku pulang dulu."

***********************************************************

" Siapa sebenarnya lelaki bertopeng tu, aku nak sangat tahu. Tapi yang pasti tu bukan Andy," Bisik Linda yang sedang bersandar di tepi katil di dalam biliknya.
Linda kemudian bangkit,dia turun ke dapur rumahnya.
" Adik dah balik!"
" Mana adek pergi,lewat balik hari ni?" Soal Linda yang sedang memegang segelas air.
" Kakak, hari ni kan, best sangat-sangat. Tadi, kami jumpa satu abang, abang tu pandai main gitar. Suara dia pun sedap."
" Iya ke, sedap sangat ke suara dia sampai adik balik lewat ni."
" Betul akak, adek ada rakam suara dia tadi."
Kemudian adik Linda memainkan semula rakaman tersebut, Linda khusyuk mendengar.
" Kejap, suara ni. Aku cam, inilah suara lelaki bertopeng tempoh hari. Memang tak salah lagi," Linda kelihatan bersemangat.
" Kenapa dengan akak ni, akak tengah berangan nanyi dengan abang ni ke?" Ketawa adik Linda mengusik kakaknya.
“ Adik, nanti esok adik bawa kakak pergi ke tempat abang ni ya.”
“ Boleh, tapi nanti akak kena belanja ais-krim untuk adiklah.”
“ Tak ada masalah, sepuluh ais-krim akak belanja untuk adik nanti,” Kata Linda tersengih-sengih sambil membetulkan rambutnya.
“ Akhirnya, identiti kau akan ku tahu juga, lelaki bertopeng.”

Fiq pulang ke rumah, setibanya dia dirumah. Fiq meletakkan gitarnya di ruang tamu, gambar yang dijumpainya diletaknya disebelah gitar di atas meja, Fiq lalu berjalan masuk ke biliknya. Ibu bapanya tidak berada di rumah ketika itu mereka belum pulang dari kerja. Fiq mempersiapkan dirinya, hari sudah mulai senja. Sang mentari mula mengundurkan diri member peluang kepada sang bulan untuk berkhidmat pada malamnya pula. Adik-adiknya sudah melekat di hadapan televisyen menonton kartun-kartun yang biasanya mula pada jam 7.00. Suasana dirumah tersebut senyap ketika itu, masing-masing sibuk melayani diri sendiri tidak terkecuali Fiq. Setelah selesai mengemaskan diri, Fiq menyertai adiknya menonton televisyen.
Pada ketika itu, ibu bapanya pulang. Mereka membuka pintu, dan pada saat pintu itu dibuka angin kuat masuk menerbangkan gambar yang berada di atas meja terbang ke lantai lalu jatuh di hadapan bapa Fiq. Kedua-dua suami isteri itu tergamam, mereka mengutip gambar tersebut.
“ Bagaimana gambar ini boleh berada di sini?” Encik Sam kepada isterinya itu.
“ Entahlah bang, adakah Fiq dah tahu.”
Fiq kemudian muncul di hadapan mereka dengan muka yang penuh senyuman. Dia menghampiri mereka.
“ Ayah, mama. Lewat balik hari ini, kesesakan lalu lintas ke?” Soal Fiq.
“ Ya, tadi bnyk pula kereta. Nak bergerak pun susah. Fiq, ayah nak Tanya sesuatu?” Kata Ayahnya.
“ Ayah nak Tanya apa, tanyalah.”
“ Mana datangnya gambar ni,” Soal ayahnya sambil menunjukkan gambar tersebut kepada Fiq.
“ Owh gambar tu, Fiq jumpa tadi. Fiq jumpa dalam gitar, ayah kenal ke sesiapa dalam gambar tu?” Tanya Fiq.
“Entah, ayah pun tak tahu. Fiq, bila masa kamu ada gitar,” Soal ayahnya lagi.
“ Eh, kan dah lame Fiq ada gitar semenjak buat persembahan hari itu,” Kata Fiq yang sudah mulai resah, dia tahu sekiranya ayanhnya tahu gitar itu dihadiahi oleh atuk pasti ayah akan mengamuk.Fiq cuba menutup kebenaran.

“Kamu pergi ambil gitar kamu kejap, ayah nak tengok.”
Fiq dengan sedikit keberanian pergi mengambil gitar tersebut lalu diberikan kepada ayahnya. Ayah membuka zip sarung gitar itu, perlahan-lahan dia menarik keluar gitar ungu tersebut. Encik Sam termenung jauh seperti teringatkan masa lalu.
“ Jaga gitar ini elok-elok seperti kamu jaga nyawa kamu,” Dengan tiba-tibanya ayahnya berkata begitu.
Fiq mula hairan, dia tertanya-tanya apa yang ayahnya sedang fikirkan waktu itu. Fiq mengambil gitar tersebut dan pergi menyimpannya ke dalam bilik.

“ Abang, kita tak boleh nak rahsiakan perkara ini. Satu hari Fiq akan tahu juga perkara sebenar. Dia sudah dewasa.”

“ Ayah Nampak lain, kenapa dengan gambar tu.”
Fiq melabuhkan punggungnya di atas tilam empuknya itu,dia menoleh sejenak ke luar tingkap. Angin dingin merayap lembut melalui celahan-celaahan tingkap. Kehadiran bayu lembut itu dirasai Fiq, Dia mengambil kesempatan menghirup udara nyaman itu. Kesegaran udara pada malam itu membuatkan dia ingin keluar menikmati malam itu. Kesejukan angin yang masuk memaksa Fiq untuk pergi menutup langsir biliknya. Dia bangkit dengan perlahan, Fiq menguraikan kain langsir yang terikat. Dia terhenti seketika, matanya kemudian tertumpu kepada sebuah kereta hitam yang berada di hadapan rumahnya. Terdapat seorang lelaki dalam keadaan yang agak mencurigakan di dalam kenderaan itu.
“ Siapa tu, apa yang dia buat malam-malam dekat depan rumah aku.”

Fiq kemudiannya memeriksa setiap pintu dan tingkap dalam rumahnya bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingininya. Sekali lagi dia memeriksa kereta tersebut, dan kali ini kereta itu telah beredar.
“Tit..tit…tit..” Telefon bimbit Fiq berbunyi.
“ Ada mesej, siapa pula yang hantar mesej dekat aku malam-malam ni?”
“ Atuk yang mesej rupanya.”
‘ Fiq, kamu mesti datang
dengan apa cara sekalipun
ke rumah atuk tepat jam 3 petang,
atuk ada sesuatu hendak diberitahu’

Fiq semakin pelik, atuknya akhir-akhir ini berkelakuan aneh dan begitu juga bapanya. Orang-orang yang pelik juga sibuk mencarinya, adakah dia telah melakukan kesilapan yang
Fiq meniarapkan diri di atas tilam empuknya. Matanya terkebil-kebil seperti ada angin yang meniup.

“ Masa itu sangat pantas berlalu, dan masa demi masa akan ada lebih banyak persoalan. Apakah watak yang akan aku mainkan sekarang ni. Apakah sebenar…….,” Tanpa sempat Fiq meneruskan dilemanya matanya terkatup rapat. Tidur telah menyambutnya membawa pemuda itu ke alam mimpi.

No comments:

Post a Comment

let have some.....comment!!!!!